Kementerian Kesihatan Singapura baru-baru ini telah mengesahkan kes cacar monyet tempatan pertama telah direkodkan di negara jiran tersebut.
Pesakit tersebut merupakan seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Singapura berusia 45 tahun dan dia telah disahkan positif semalam (6 Julai 2022).
The Straits Times melaporkan, lelaki tersebut telah menunjukkan simptom cacar monyet ini pada tarikh-tarikh berikut:
- 30 Jun: Lelaki ini mempunyai ruam dan kulit luka di bahagian bawah perut
- 2 Julai: Diikuti dengan bengkak limfa nodus dan penat melampau
- 4 Julai: Demam dan sakit tekak
Ekoran ini, lelaki tersebut telah pergi mendapatkan rawatan dan beberapa ujian telah dibuat ke atasnya.
Pesakit tersebut dihantar ke Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit untuk penilaian lanjut selepas semua ujian yang dibuat sebelum ini didapati negatif.”
Kementerian Kesihatan Singapura kemudiannya telah berjaya mengenalpasti tiga kontak rapat pesakit ini termasuk dua teman serumah dan satu kontak sosial.
Kesemua kontak rapat telah diberikan notis kuarantin selama 21 hari dan pengesanan kontak masih dijalankan.”
Untuk pengetahuan korang, lelaki ini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital. Selain itu, kementerian ini juga mengesahkan bahawa pesakit ini tidak ada kena-mengena dengan kes import yang dilaporkan pada 21 Jun lalu.
Dah makin dekat dah ni, korang extra careful lah okay?
Baca: Singapura Catat 1 Kes Import Monkeypox, 13 Kontak Kasual Dipantau Melalui Telefon Selama 21 Hari