Nama Malaysia sekali lagi menjadi sebutan ramai. Kali ini, ia melibatkan pengganas dari Malaysia yang kini telah menjadi sasaran Amerika Syarikat (AS) sebagai individu yang paling dikehendaki negara itu!
![wanndy 1 1491804005](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2017/04/wanndy_1_1491804005-225x300.jpg)
Menurut laporan The New Straits Times, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi telah disenaraikan sebagai Pengganas Global Tentuan Khas (SDGT) bersama beberapa pengganas paling terkenal di dunia oleh Pejabat Kawalan Aset Asing Perbendaraan AS (OFAC). Ini bermakna Wanndy antara pengganas yang paling dikehendaki Washington!
Wanndy yang juga antara pemimpin kanan IS bahagian Asia Tenggara kini giat merekrut ahli baru dan membiaya serta menyokong operasi IS selain kumpulan di Syria. Dia jugalah sebenarnya adalah dalang bagi serangan di pusat hiburan Movida, Puchong pada Jun tahun lalu.
![AbuHamzah050716](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2017/04/AbuHamzah050716-300x174.jpg)
Selain Wanndy, dua lagi rakyat Malaysia iaitu Yazid Sufaat dan Zulkifli Hir yang dipercayai dibunuh pasukan keselamatan Filipina pada 2015 juga antara yang turut berada di dalam senarai.
Meskipun begitu, Wanndy yang mengetahui dirinya kini menjadi buruan AS tidak panik. Menurut NST, beliau mempersendakan sekatan yang dilancarkan AS melalui akaun Facebooknya dengan menggunakan nama samaran Abu Hamzah Al-Fateh. Pun begitu katanya, dia akan lebih berhati-hati mengenai pergerakan dan komunikasinya selepas ini.
Sepandai-pandai tupai melompat, satu hari nanti mesti jatuh ke tanah jugak kan…