Satu kisah yang bakal membuka mata kita semua mengenai kifarah yang terjadi jika kita mengkhianati orang yang setia dan taat kepada kita.
Kisah keinsafan yang dikongsikan daripada seorang lelaki kepada pengguna TikTok ini membuatkan, Zaleha Baba sendiri rasa sedih.
Jatuh cinta dengan janda, ceraikan isteri
Katanya, kejadian ini berlaku kira-kira dalam 4 ke 5 tahun yang lepasdi mana seorang lelaki tersilap langkah dalam hidupnya sebagai suami yang jatuh cinta kepada wanita lain yang berstatus janda.
Dia menceraikan isterinya dengan menggunakan alasan bahawa isterinya itu dah naik berat badan padahal lelaki tersebut akui bahawa kenaikan berat badannya itu bukanlah keterlaluan.
Hajat lelaki itu untuk berkahwin dengan ‘cinta hati’ barunya itu tercapai, namun, ia bukanlah seindah mana yang disangka. Dalam masa 3 bulan, dia dapat tahu yang isteri baharunya itu terikat dengan banyak hutang dan lelaki tersebut kena tanggung.
Dipergunakan oleh isteri baru, kena tanggung beban
Lebih teruk lagi, perkahwinan yang rupanya adalah satu ‘modus operandi’ si janda itu adalah hasil kesepakatan antara si janda itu dengan bekas suaminya. Selepas 2 tahun perkahwinan itu, lelaki ini jadi tidak tahan dan menceraikan si janda tersebut.
Menyesal dengan tindakannya, dia mencari semula bekas isterinya yang dia telah khianati dahulu. Namun begitu, amat mengharukan buat dirinya apabila dia takkan dapat bertemu dengan bekas isterinya itu.
Cari balik bekas isteri, tapi dah kembali kepada-Nya
Bekas isterinya itu rupa-rupanya telah meninggal dunia ketika usia perkahwinan lelaki itu dengan si janda berusia setahun. Lebih menyedihkan lagi, semasa lelaki itu bertanya kepada bekas adik beradik iparnya, bekas iserinya itu terlampau taksub untuk kurus sejak dia diceraikan kerana tercabar.
@zalehababa7 menitik air maat saat kakleha membawa mesej dri tuan punya badan#fyp #fyp #fyppp
Nasihat Zaleha buat lelaki yang menghantar kisahnya ini menerusi DM, biarpun dah terlambat untuk memperbaiki keadaan, sekurang-kurangnya dia ada usaha. Pengajaran lain pula, sebagai seorang wanita, janganlah melakukan perkara yang bodoh hanya kerana manusia.
Baca : Kantoi Curang Dengan Wanita Lain, Lelaki Jatuh Dari Tingkat 3 Kerana Lari Dari GF