Beberapa hari lalu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa rakyat Malaysia susah dan resah sehingga ada yang sanggup menjual buah pinggang demi menyara hidup kerana kerajaan tidak memberi jawapan mengenai isu pengeluaran KWSP.
Kenyataan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia yang meragui ada yang sanggup menjual organ untuk kelangsungan hidup.
Isu ini juga telah menarik perhatian seorang pengguna Twitter yang merupakan seorang pakar nefrologi, menyatakan bahawa penjualan buah pinggang adalah salah dan tiada cara untuk melakukannya di negara ini.
Jelasnya, Malaysia juga menandatangani Deklarasi Istanbul mengenai Pemerdagangan Organ dan Pelancongan Transplan yang melarang pemerdagangan organ dalam apa jua bentuk atau cara.
Hello. Nephrologist here. It's illegal to sell your kidneys here and there is absolutely no way to do it.
Maybe certain PN state governments could consider not sponsoring kidney transplants for their politicians in private hospitals if they are serious in helping rakyat susah. pic.twitter.com/1r9AOb4ZeG
— Tired & Sakit ?? (@tulunsokit) April 4, 2023
Lelaki buat permohonan maaf secara terbuka
Kisah mengenai rakyat Malaysia yang cuba menjual buah pinggang demi kelangsungan hidup itu difahamkan dari video seorang pengguna TikTok @daddy_keacy.
Menerusi video terbabit, dia mendakwa pergi ke Singapura untuk mencuba jual buah pinggang di sana kerana terdesak untuk melangsaikan hutang. Bagaimanapun, video tersebut telah pun dipadam.
Lelaki itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan Malaysia dan Singapura kerana telah memuat naik video yang mengelirukan. Jelasnya, video tersebut sebenarnya dirakam ketika dia pergi temuduga kerja di sana.
@daddy_keacy Pemohonan Maaf Secara Terbuka. Isu penjualan buah pinggang. #fypシ #ramadhan2023 #inspirasiramadan #tiktokmalaysia #malaysia #johor #singapore #maaf
Dalam pada itu, dia juga menyeru bagi mereka yang meninggalkan komen yang mahu menjual buah pinggang berhenti berbuat demikian kerana ia bukan perkara yang wajar dilakukan.
Ujarnya, dia sememangnya terdesak pada waktu itu namun tidaklah sampai ingin menjual buah pinggang seperti yang diperkatakan.
Baca: Wan Ahmad Fayhsal Dakwa Ada Yang Sanggup Jual Buah Pinggang Sebab Tak Dapat Keluarkan KWSP