Suami yang penyayang dan prihatin dengan keadaan isteri sememangnya menjadi idaman dan dambaan ramai wanita. Apa je yang dimahukan, mesti si suami akan cuba untuk turutkan.
Nampaknya seorang wanita di utara Bosnia ini pula cukup bertuah sebab suaminya telah membina rumah yang boleh berputar lepas dia merungut bosan melihat permandangan yang sama di rumahnya, lapor Daily Star.
Pada mulanya, isteri kepada Vokin Kusic yang berusia 72 tahun itu mengatakan dia mahukan rumah di mana dia boleh melihat matahari terbit dan orang yang lalu-lalang.
Jadi, lelaki itu kemudiannya membina rumah yang berpusing selama 24 jam pada kelajuan yang paling perlahan manakala ia boleh berpusing 360 darjah dalam masa hanya 22 saat pada kelajuan yang paling laju.
Difahamkan, rumah itu mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan dan ia berpusing mengggunakan motor elektrik dan roda.
Yang paling hebat, lelaki ini belajar sendiri untuk bina rumah sedemikian sebab dia tak berpeluang untuk lanjutkan pelajaran ketika zaman mudanya kerana berasal dari keluarga susah.
Selain itu, dalam masa enam tahun itu juga, dia pernah dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung. Namun, dia meminta doktor untuk bagi peluang pada dirinya untuk hidup setahun lagi untuk siapkan rumah keluarganya itu.
Orang lain tak tahu bagaimana untuk bina rumah itu kecuali saya,” katanya.
Nampaknya umur lelaki tu masih panjang dan dia berkesempatan untuk melihat hasil titik peluhnya sendiri bersama keluarganya.
Boleh tengok video YouTube yang dikongsikan oleh VOA News ini.
Sweet betul pakcik ni kan. Beruntung isteri dia dapat pasangan hidup macam ni.
Sumber: Daily Star, YouTube VOA News
Baca: “Macam cendawan”- Tak Jejak Tanah, Rumah Unik Di Jepun Ini Hanya Dibina Di Atas Tangga