in

Lelaki Bernikah Dengan Gadis OKU, Dibenci Keluarga dan Madu

Cane Ss2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang suka dimadukan? Hampir 98% wanita jikalau diajukan soalan mengenai poligami, pasti akan sekeras-kerasnya menolak perbuatan tersebut. Namun, bagaimana pula kalau si suami bernikah dengan seorang gadis OKU? Adakah penerimaan terhadap poligami masih sama atau berbeza?

Image
gambar hiasan

Menerusi perkongsian di Facebook Kisah Rumah Tangga Fans, seorang wanita telah berkongsi cerita mengenai abang kandungnya yang berkahwin dengan isteri baru. Pada mulanya, dia serta keluarga amat membenci wanita tersebut.


“Tahun lepas abang kandung saya berkahwin dengan isteri baru. Kami semua tak suka dengan tindakannya dan kesian pada kakak ipar dan anak-anak mereka.”

“Mak ayah saya pun tak setuju dan hampir dua bulan juga tak nak bercakap dengan abang saya tu,” luahnya.

Namun semuanya berubah setelah abangnya membawa balik wanita itu ke rumah. Wanita yang disangka sebagai perampas sebenarnya seorang OKU dan kakak iparnya jauh lebih cantik dari wanita tersebut bagaikan langit dan bumi, katanya.

Alangkah terkejutnya saya, isterinya OKU. Mata sebelah kanan kurang jelas dan dia bisu. Orangnya biasa-biasa sahaja kalau dibandingkan dengan kakak ipar saya yang sedia cantik darinya.”

Img 660 442 Malaysia C 1466913096Ille
gambar hiasan

Walau bagaimanapun, wanita tersebut masih tidak diterima ibu, ayah, adik beradik yang lain serta ipar duainya. Cuma dia saja yang merasa tersentuh akan kebaikan wanita tersebut.

Mula-mula memanglah saya buat tak tahu saja. Tapi isteri baru abang saya tu baik. Selalu ikut abang balik jenguk mak ayah. Cuba masakkan untuk kami walaupun kami tak sentuh masakan dia.”

Tapi saya sorang je rasa macam tu, yang lain masih sama seperti biasa.”

Isteri kedua abangnya juga kerap datang ke majlis-majlis keluarga dan saudara mereka yang lain. Kadangkala, dia sanggup datang menaiki teksi seorang diri ke majlis tersebut walaupun telah disisihkan keluarga.

“Dia duduk je seorang dekat satu sudut tu. Ada masa abang saya sajalah akan teman dia. Saya ini entahlah… sekadar senyuman sajalah. Kalau orang senyum kat kita, takkan kita buat tak tahu. Betul tak?” katanya.

Dalam percubaan untuk berkomunikasi dengan wanita OKU itu, dia juga ada mempelajari bahasa isyarat. Namun apabila isteri pertama abang dan emaknya terlihat akan perlakuannya itu, dia ditegur untuk tidak melayan wanita itu lagi. Pun begitu, teguran tersebut hanya dipekakkan saja.

Sekarang dia hamil enam bulan. Sekali tengok kesian pula dia bawa perutnya sebab dia selain bisu, kaki kanannya pincang sedikit.”

Wanita Hamil
gambar hiasan

Aduhai… takkan tak rasa kesian langsung kot??

Malah ketika dia sedang membantu kakak ipar barunya itu menuruni tangga untuk pulang ke rumah, ibunya mengejek wanita tersebut sekadar ingin mengada-ada. Takkan nak tolong pun salah?

“Tak tahulah kenapa mak punya hati macam tu. Bukan dipinta dia lahir jadi macam tu. Abang saya pula, orang perli atau sindir bini barunya, dia diam saja.” 

Walaupun dia cuba menasihati ibunya supaya tidak mengutuk kakak iparnya itu lagi dengan kata-kata pedas, dia pula kembali dimarahi ibunya. Menurutnya lagi, ibu mungkin sayangkan isteri pertama abang kerana wanita itu adalah anak saudara ibunya iaitu sepupunya sendiri.

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai reaksi pengguna Facebook yang rata-rata amat tersentuh dengan apa yang menimpa gadis OKU tersebut. Tindakan ibu pengadu dianggap tidak patut dan dia sepatutnya mengendahkan saja ahli keluarga yang lain dan terus berhubung rapat dengan kakak ipar barunya itu.

Oku
sumber: facebook
Oku 2
sumber: facebook

Ada juga yang hampir nak marah sebab isu poligami, tapi tak jadi nak marah sebab gadis tersebut seorang OKU. Mesti serba salah, kan? Hehehe…

Oku 3
sumber: facebook
Oku 4
sumber: facebook

Dalam isu poligami, tak semua harus ditentang atau dikritik wanita di luar sana. Jikalau seorang suami bernikah wanita lain dengan tujuan untuk membantu kehidupan wanita tersebut, pastinya poligami tidak akan dipandang serong oleh mana-mana wanita.

Baca: Suami Kongsi Cerita Isteri Hamil Mengidam Naik UFO, Kapal Terbang

Ufo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.