Bak kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya… Dalam usaha untuk menjadi insan yang berguna, segalanya boleh dikatanya datang dari hasil didikan ibu bapa sejak usia dari muda.
Baru-baru ini, luahan seorang pengguna Twitter @sofw4n_, telah mendapat perhatian warganet selepas dikatakan sering menjadi ‘bad example’ yang digunakan oleh ibu bapa di luar sana untuk menakut-nakutkan anak mereka.
https://twitter.com/sofw4n_/status/1507356149464526848?s=21&t=6heMRvPd-lnmLV4WQjcSDw
Ini kerana dirinya yang istimewa telah menyebabkan dia terpaksa menggunakan prosthetic leg sebagai keperluan harian dan difahamkan dari tweet yang dibuat, dia pergi Mydin bersama ibunya dan terjadi satu insiden yang tak lagi janggal baginya.
Ujarnya, seorang kanak-kanak bertindak dengan mengatakan sesuatu kepada ibunya tentang keadaan fizikalnya hanya kerana dia mengenakan seluar singkat pada ketika itu sebelum mereka berlalu pergi.
“Tengok tu mama, orang kaki robot” – Kata kanak-kanak itu
“Mama dia tegur, lepastu…”
Alah bisa tegal biasa, Sofwan mengatakan bahawa dirinya hanya mampu tersenyum apabila ibu kepada kanak-kanak tersebut menegur anaknya dengan mengatakan bahawa ianya sesuatu yang tak baik untuk dikatakan.
Namun, apa yang mengejutkan dirinya adalah apabila keluarga wanita tersebut tunggu di parkir kereta kerana mahu minta maaf di atas keterlanjuran kata-kata anaknya tadi. Malah, kanak-kanak itu juga tertunduk sebagai tanda menyesal.
Tambah Sofwan lagi, dia dilahirkan dengan penyakit spina bifida yang menyebabkan dia terpaksa mengheret kakinya lemah di sebelah kanan dan mula menjadi luka sejak berusia 7 tahun sehingga mengalami jangkitan. Disebabkan itu juga, kakinya terpaksa dibedah semasa dia berusia 17 tahun.
Tindakan wanita itu mendapat pujian orang ramai malah Sofwan sendiri terharu kerana ada yang minta maaf kepada dirinya dan bukannya menjadikan kekurangan pada dirinya sebagai contoh tidak baik kepada anak-anak mereka.
Awh… Sebak terus jadinya! Untuk parents kat luar sana, peribadi anak-anak ni merupakan cerminan diri tau, pastikan didik diorang dengan baik okay?
Baca: “Sahabat sejati” – Rakaman Dua Lelaki Bawa Rakan OKU Penglihatan Mandi Lata Buat Ramai Terharu