in

Lelaki Beri Nafkah Anak 3 Sen Buat Ramai Bengang, Wanita Dedah Cerita Sebenar

nafkah 3 sen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang lelaki ini telah mengundang kecaman ramai apabila dia tergamak memberi nafkah bulanan untuk anaknya sebanyak 3 sen.

Perkara itu dikongsikan oleh bekas isterinya yang turut memuat naik tangkap layar maklumat transaksi perbankan yang tertera ‘Nafkah Nayla December 2024’.


Menurut wanita itu, bekas suaminya itu cuba menyakiti hatinya namun itu tidak mematahkan semangatnya sebagai seorang ibu.

Artikel berkaitan: Caruman KWSP Suami Boleh Jadi Nafkah Bekas Isteri Untuk Pasangan Bercerai

Artikel berkaitan: “Patutlah ramai yang give up” – Wanita Menangis Luah Rasa Penat Naik Turun Mahkamah Demi Tuntut Nafkah

Wanita dedah cerita sebenar

Susulan tular video yang dikongsikan wanita itu, sebuah stesen radio tempatan telah menghubunginya untuk mengetahui kisah di sebalik kejadian terbabit.

Menurut wanita berkenaan, ketika itu tahap kesabarannya sudah sampai hadnya kerana sudah penat menerima hinaan dan cacian daripada bekas suami.

@kool101my

Mana lah nak cukup nafkah 3 sen untuk zaman sekarang ni.😓 Awalnya, Siti cuma berseloroh je, sekali betul-betul bekas suami dia bagi 3 sen untuk nafkah anaknya.😞 Setuju apa yang @Datuk Aznil Nawawi cakap, jangan jadikan hak nafkah anak sebagai senjata untuk balas dendam.👍🏻 Anda boleh dengarkan perkongsian penuh di KoolCast melalui aplikasi Audio+ atau klik sahaja link di bio okay! 📲 #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPoint

♬ original sound – Kool 101 – Kool 101

Katanya, bekas suami mempersoal tindakannya menghantar anak dekat pengasuh yang tidak berdaftar.

Bagaimanapun, dia menyindir bekas suaminya kerana memberi nafkah yang tidak sepadan dengan kehendak lelaki itu.

“Jadi saya cakaplah dengan dia, awak ni complain macam awak bagi RM3,000 sebulan tapi awak bagi 3 sen je.”

Akibat sindiran itu, bekas suaminya membalas dengan memberi transaksi nafkah yang berjumlah hanya 3 sen.

“Sebenarnya saya berseloroh masa tu sebab untuk tahun 2024, jumlah nafkah yang diberi bagi saya tak logiklah,” katanya.

Dalam pada itu, Pak Nil selaku penyampai radio itu menasihati tidak perlulah menjadikan nafkah anak sebagai senjata untuk membalas dendam kerana pada akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak sendiri.

Selain itu, dalam Islam juga menekankan walaupun pasangan suami isteri sudah bercerai, namun bekas suami masih perlu bertanggungjawab memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak-anaknya.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.