Meskipun sering diperlekeh, ia tidak menghalang Mohd Amin Fuad Ramli dari Kampung Solok Dekat, Pengkalan Balak, Melaka ini untuk terus menerus melakukan apa yang dianggap tidak membawa faedah oleh penduduk setempat.
Pemuda berusia 25 tahun yang bekerja sebagai seorang nelayan ini melakukan kebaikan dengan ‘mengebumikan’ setiap bangkai kucing yang dijumpainya. Ya Allah mulianya hati dia…
Amin yang juga anak kelima daripada lapan beradik itu telah membuat amal kebaikan ini sejak 13 tahun yang lalu. Secara keseluruhannya, dia telah menanam 500 ekor bangkai kucing!
Menurut Amin lagi, pada mulanya dia sering berasa loya dan hilang selera makan selepas menanam bangkai kucing kerana ada yang berulat dan isi perut terburai.
Namun kini, dia tidak lagi berasa geli atau loya ketika mengendalikan bangkai kucing berulat meskipun berbau busuk. Malah, dia melakukan perkara itu tanpa memakan sarung tangan atau apa-apa alas.
Amalan itu bermula sejak saya berusia 12 tahun lalu, kalau nampak bangkai kucing saya akan tanam tak sanggup tengok ia begitu saja.”
Kalau lah ramai orang seperti Amin dalam dunia ini…
Baginya, setiap makhluk yang bernyawa perlu ditanam dan tidak dibiarkan begitu sahaja sehinga mereput. Kadang kala ada juga bangkai kucing yang dibiarkan begitu sahaja berminggu-minggu di atas jalan dan akhirnya hancur digilis kenderaan.
Kucing juga makhluk Allah yang mempunyai nyawa, jadi kita sebagai manusia perlu jalankan tanggungjawab uruskan bangkai.”
Kebanyakkan kucing yang ditanam pemuda ini mati dek kerana dilanggar kenderaan. Selain itu ada juga yang mati kerana faktor usia, uzur dan sakit.
Menurut Amin, dia akan tetap memegang prinsip yang sama meskipun orang ramai menganggap ia tidak memberi sebarang faedah.
InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, saya akan terus menanam bangkai kucing. Tidak sanggup membiarkannya mereput hingga tinggal tulang tanpa disemadikan.”
Semestinya usaha pemuda berhati mulia ini memberi syafaat kepadanya di akhirat. Semoga Amin sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kebaikan. Harap-harap lebih ramai terbuka hati untuk melakukan kebaikan sepertinya…