in

Lelaki Bengang Pesanan iPhone 15 Dari Kedai Rasmi Apple Dicuri, Ganti Dengan Peranti Android

Ft Iphone 15 Pro Max Scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum ketahui, harga untuk sebuah iPhone 15 bukanlah murah dan ia menyebabkan ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan melakukan penipuan melibatkan jual beli peranti berkenaan dan sebagainya.

Seorang lelaki di UK baru-baru ini mendapati peranti iPhone 15 miliknya telah dicuri ketika peranti berkenaan dalam proses penghantaran kepadanya dan sebaliknya, dia menerima sebuah peranti tiruan dalam bungkusan penghantarannya.


Menurut laporan, perkara tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Reddit yang mengatakan dia menerima sebuah iPhone 15 Pro Max yang ‘pelik’ walaupun pesanan dibuat melalui laman web rasmi Apple UK.

Eprs4Vh

Tambah pengadu yang menggunakan nama samaran the Edmard tersebut, dia menerima maklumat pengesanan asli daripada Apple. Namun, semasa menerima pesanan tersebut, dia mendapati perantinya telah siap dipasang pelindung skrin yang biasanya tidak dilakukan oleh Apple.

Menurutnya lagi, kotak peranti terbabit juga kelihatan seperti biasa namun bahagian dalam kotak berkenaan sudah mempunyai tanda seolah-olah ianya telah dibuka dan ditampal semula menggunakan pelekat.

Artikel berkaitan : “Jam tu fake” – Gambar Khairul Aming Dijadikan Bahan ‘Marketing’ Oleh ‘Scammer’, Siap ‘Edit’ Guna Photoshop!

Artikel berkaitan : Guna Tak Sampai Seminggu, Pengguna iPhone 15 Terkesima Kos Tukar Lens Pecah Cecah RM3,800

Selepas membuat pemeriksaan lanjut, pengguna tersebut juga mendapati paparan peranti tersebut tidaklah menggunakan paparan OLED seperti iPhone 15 yang lain dan apabila peranti itu dihidupkan, ianya menggunakan sistem Android dan peranti tersebut telah diubahsuai agar kelihatan seakan-akan sebuah peranti Apple.

Cats 32

Edmard juga mendapati kesihatan bateri peranti berkenaan menunjukkan ianya bukanlah peranti baharu selain pernah digunakan sepanjang sebulan.

Pun begitu, kes yang terjadi kepada Edmard itu bukanlah yang pertama kerana ada beberapa lagi kes sedemikian dan berkemungkinan ia merupakan operasi berskala besar yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sumber : reddit

Sumber: Reddit
Sumber: Reddit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.