in

Lelaki Belasah Teman Wanita Hingga Maut Kerana Sangka Wanita Itu Curang

Pag

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semestinya di dalam sesebuah hubungan, kita mengharapkan dan membayangkan hanya perkara-perkara yang indah.

Namun sebaliknya di dalam satu hubungan yang terjalin antara wanita warganegara China dan lelaki dari Cardiff, Wales ini.


Jordan Matthews, 24 tahun bukan sahaja memukul malah turut menyebabkan kematian teman wanitanya selepas bertengkar pada 19 Ogos 2016.

Xi

Bi2

Dalam serangan yang dianggap ganas, berterusan dan berpanjangan itu, Jordan yang juga pemegang tali pinggang hitam dalam karate, memukul teman wanitanya menggunakan rod keluli.

Mangsa kemudian mendapat serangan jantung dan dikejarkan ke hospital selepas Jordan sendiri menghubungi talian kecemasan, namun Bi disahkan maut keesokan harinya.

Bi Xixi, 24, yang membesar di Nanjing, China itu ditemui mati dengan 41 kecederaan termasuk tulang rusuk serta rahang patah, lebam teruk sekurang-kurangnya pada satu pertiga bahagian tubuhnya.

Menurut laporan, Jordan mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana menyangka teman wanitanya itu berlaku curang. Jordan juga berkata dirinya sendiri tidak menyangka telah melakukan perbuatan sebegitu.

Bi3

Menurut rakan mangsa, selama 16 bulan menjalinkan hubungan, Bi sebenarnya terseksa dengan perbuatan teman lelakinya itu yang seringkali menderanya. Jordan selalu memaksanya untuk tidak menghadiri kelas atau akan dipukul.

Apabila dipukul, Bi akan cuba menyembunyikan kesan lebam menggunakan alat solekan yang tebal. Malah, Bi dikatakan menanggung segala perbelanjaan termasuk membayar sewa dan bil di apartmen mereka tinggal selain membeli pakaian untuk lelaki itu, menampung perbelanjaan percutian dan kereta. Senang hidup kau eh!

Bi1

Bi merupakan pelajar pintar dan sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah Sarjana di sebuah universiti antarabangsa, Cardiff Metropolitan University.

Sayangnya, pelajar pintar tetapi hidupnya menderita dan berakhir duka….

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.