Hampir setiap hari kita bertemu dengan bermacam-macam jenis orang. Ada yang berniat buruk dan ada pula yang datang dengan niat untuk meminta bantuan dan simpati. Namun jikalau ada yang benar-benar memerlukan pertolongan, jadilah seorang yang ikhlas dalam menghulurkan bantuan seperti lelaki ini.
Menerusi perkongsian Gurvin Abruzzi di laman Facebook, dia pada mulanya sangka ditegur oleh seorang lelaki yang meminta wang darinya untuk melakukan hal tidak elok. Kemudian selepas itu dia tersedar, pakcik ini benar-benar di dalam kesusahan.
Berikut kisah yang dikongsikannya,
Saya menganjing pada orang yang salah. Ingatkan dia lelaki yang datang entah dari mana meminta wang untuk melakukan hal yang tidak elok.”
Pada 20/5/17 di Hospital Kuantan pukul 6 petang. Dia sudah terkandas di sini selama dua hari.”
Pakcik tua itu datang kepada Gurvin sambil menegur,
Adik minta tolong.”
Gurvin yang berjaga-jaga takut dikenakan lelaki itu menjawab,
Apa pun boleh, duit saja tak kasi.”
“Saya mahu pergi Segamat,” jawabnya.
Namun dengan nada berjenaka dan senyuman mengejek Gurvin bertanya lagi, “Okey, bila mau? Saya beli tiket.”
Pakcik tua itu terus mengeluarkan kad pengenalannya dan memberi ia kepada Gurvin. Pada ketika itu barulah dia sedar yang lelaki ini tidak main-main.
Gurvin seterusnya menempah tiket bas buat pakcik tua itu untuk keesokan harinya pada pukul 9 pagi.
Dia meminta wang RM2 untuk mengambil bas Rapid ke terminal bas. Saya tepuk bahunya dan berkata, ‘Itu awak jangan risau, saya akan uruskan’.”
Dia seterusnya menunjukkan bangku yang akan menjadi tempat tidurnya malam ini. Saya berjanji akan menghantarnya esok pagi atau mendapatkan Uber buatnya nanti.”
Kasihan melihat keadaan pakcik tua itu yang tertidur di bangku tersebut, Gurvin membungkus makanan buat lelaki tersebut setelah selesai makan-makan bersama sahabatnya pada pukul 1 pagi.
Namun dia kini bimbang tidak dapat bangun tidur tepat pada waktunya esok pagi untuk menghantar pakcik tersebut ke terminal bas walaupun telah dikuncikan alarm ke tiga jenis jam.
Pada pukul 2.30 pagi saya pergi ke sana dan mengejutkan pakcik itu untuk dibawa ke terminal bas. Saya ingin belikan makanan untuknya tapi dia menolak.”
“Dia kelihatan mamai, tidak cukup tidur dan tidak fokus dengan apa yang saya katakan. Namun dalam perjalanan ke sana, dia sempat menceritakan kisah hidupnya kepada saya,” kata Gurvin.
Menurut Gurvin, lelaki itu bernama Kannisin. Dia mempunyai tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Anak-anaknya tidak kisah akan Kannisin dan mengabaikannya. Dia berasal dari Rotan Tunggal, Raub dan datang ke Kuantan kerana kononnya dia akan diberikan kerja oleh seseorang namun dia telah ditipu.
Di terminal bas, saya berinya sedikit wang tetapi dia menolak dan terus-terusan mengucapkan terima kasih. Saya dapat melihat kegembiraan pada wajahnya.”
Gurvin juga meminta bagi sesiapa yang mengenali ahli keluarga pakcik ini, tolong beritahu mereka akan situasi yang dialaminya.
“Jangan lupa untuk beritahu mereka, mereka adalah anak-anak yang tidak berguna,” tambahnya lagi.
Pun begitu perkongsian Gurvin telah mendapat perhatian dari CatchThatBus, sebuah syarikat pembelian tiket bas dalam talian yang begitu tersentuh dengan tindakan mulianya terhadap pakcik tersebut.
Kami ingin berterima kasih akan kebaikan yang anda lakukan dan maaf kerana kami tidak boleh menerima wang dari tiket yang anda beli (buat Pakcik Kannisin). Kami telah mengembalikan amaun wang RM16.80 kepada anda semula.”
Perkongsian dari Gurvin ini telah mendapat respon positif dari pengguna Facebook yang kebanyakan terharu dengan apa yang telah dilakukannya kepada Kannisin.
Sentiasalah bersangka baik dalam apa jua keadaan. Setiap keikhlasan dalam melakukan kebaikan itu pasti ada ganjarannya. Sebarkan aura positif kepada semua!
Baca: Lelaki Berhati Mulia Kongsi Kisah Mengapa Dia Jual Keretanya Dengan Harga 10 Sen