Semalam tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki mengamuk dan menyerang orang ramai menggunakan pisau pemotong daging.
Ketangkasan orang awam dan tindakan pantas pihak polis telah berjaya menahan suspek berkenaan yang dilihat cuba mengugut keselamatan pihak polis.
https://twitter.com/Tfsgxy_/status/1615736199788007425?s=20&t=AIN58JOUaRQktOBIQiL09Q
Menurut laporan The Star, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata polis menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pada 10.51 pagi mengatakan mereka bimbang keselamatan mereka disebabkan kelakuan suspek.
Polis telah pun menahan suspek yang difahamkan seorang tukang gunting rambut dan pisau potong daging sepanjang 30cm itu turut dirampas.
Difahamkan, siasatan awal mendapati suspek mempunyai masalah psikiatri dan sedang menjalani rawatan di wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.
Baca: [VIDEO] Polis Tahan Lelaki Mengamuk Halang Kakitangan KKM Bawa Wanita Cedera Di Pasaraya