Sejak akhir-akhir ni, kerap sangat kisah penderaan atau kecelakaan yang menimpa budak kecil timbul di media sosial. Terbaru menerusi perkongsian Facebook, seorang pelajar sekolah rendah telah dilempang cikgunya sehingga lehernya senget.
Perkara ini mula disedari oleh ibu mangsa yang dikatakan menjemput anaknya dari rumah nenek kanak-kanak tersebut. Menurut laporan polis yang dibuat ibu tersebut semalam (13 Ogos), dia ternampak kesan lebam dan bengkak pada leher iaitu tepat di bawah telinga anaknya.
Bila disoal apa sebabnya, budak yang berumur 8 tahun bernama Muhammad Emran Amir itu mengaku telah ditampar cikgu. Semua ni gara-gara dia terlanggar tangan cikgu tu ketika sedang berlari dengan rakan-rakan.
Menurut posting Facebook ibu saudara mangsa, 4 lagi rakan-rakan Emran juga kena tampar sepertinya. Aduhai kesalahan kecik macam tu pun kena lempang ke?
Susulan itu Emran telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan ibunya jugak telah berjumpa dengan Guru Besar untuk maklumkan hal berkenaan kepada pihak sekolah.
Rata-rata netizen yang mengikuti posting ini agak marah dengan tindakan cikgu tersebut dan mengatakan ini bukan caranya mendidik anak murid. Gaya macam ni akan buat anak murid lagi memberontak…
Sehingga setakat ni, belum ada lagi berita lanjut mengenai kes ini. Diharapkan murid tersebut pulih daripada kesan lebam dan bengkak di lehernya.
Baca: Budak Tadika Berusia 5 Tahun di Ampang Dipukul Cikgu Kerana Salah Tulis Angka ‘3’