Belum mula nak menulis, dah terbayang keunikan setiap filem-filem animasi yang dihasilkan Studio Ghibli (tiba-tiba rasa nak maraton balik semua animasi dia).
Mustahil korang tak kenal Studio Ghibli, sebab ini adalah legenda dunia perfileman animasi Jepun! Kalau jujur tak kenal, silalah tonton — dijamin korang akan instantly tersesat dalam petualangan meneroka dunia imaginasi luar biasa sang penghasilnya, dan rasa taknak balik ke dunia nyata! Hacehh, tapi on a serious note: go dig Studio Ghibli.
Okay, khabar gembira buat semua pencinta tegar Ponyo atau Spirited Away — Studio Ghibli dilapor akan menghasilkan dua filem tahun ini, termasuk satu daripadanya diarahkan oleh sutradara Hayao Miyazaki sendiri.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web mereka, sempena perutusan tahun baru 2020.
Kenyataan itu memaklumkan, Miyazaki akan meneruskan kerja-kerja untuk menyiapkan filem How Do You Live? yang diinspirasikan dari novel Genzaburo Yoshino dan projek itu pertama kali diumumkan pada 2017.
How Do You Live? dijangka akan dikeluarkan menjelang Sukan Olimpik 2020 Tokyo nanti namun tarikh rasmi bila akan direlease masih belum disahkan. Ini adalah filem terbaharu yang akan dikeluarkan Miyazaki setelah filem terakhirnya The Wind Rises diterbitkan pada 2013.
Manakala, tidak banyak maklumat diketahui berhubung projek filem kedua mereka.