in

Lee Zii Jia Mahu Pulihkan Diri, Ambil Keputusan Tak Teruskan Aksi Di Indonesia Masters 2021

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas mengalami kecederaan di bahagian pinggang semasa final Terbuka Hylo di Jerman pada 8 November lalu, pemain perseorangan badminton negara yang semakin meningkat naik, Lee Zii Jia tetap kuatkan semangat untuk berentap di gelanggang Indonesia Masters.

Pun begitu, semangat kesukanan yang tinggi dalam dirinya terpaksa disimpan buat seketika demi mendapatkan kesihatan sepenuhnya semula. Ini kerana Lee Zii Jia tidak dapat menyelesaikan aksinya pada pembukaan kejohanan tersebut selepas mengalami kecederaan yang sama semasa menentang pemain dari Denmark, Rasmus Gemke.


Melalui posting terbaru di Instagram milik Lee Zii Jia @leeziijia, dia menyatakan bahawa selepas membuat perbincangan yang mendalam dengan jurulatih dan juga pasukannya, Lee Zii Jia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari Kejohanan Indonesia Masters kali ini.

https://www.instagram.com/p/CWVnTKJvDjQ/?utm_medium=copy_link

“Saya perlu lebih masa untuk pulih semula bagi menghadapi pertandingan yang seterusnya” – Lee Zii Jia

Dalam kapsyen, Lee Zii Jia jelas mengatakan bahawa dia berasa ralat kerana tidak mampu beri aksi yang terbaik sehingga menyebabkan dia ketinggalan mata. Jangan begitu Lee Zii Jia… Awak masih lagi menjadi kebanggaan kami semua! Kesihatan tu yang penting…

 

Di bahagian komen pula, memang ramai yang mendoakan kesembuhan pemain yang berusia 23 tahun itu kerana kecederaan yang dialami oleh Lee Zii Jia dilihatkan serius dek kepadatan jadualnya beraksi dalam lima kejohanan berturut-turut.

Lzj Komen

Susulan penarikan diri dari kejohanan, menurut Utusan Malaysia, Hendrawan selaku jurulatih perseorangan negara memaklumkan Lee Zii Jia akan berehat sepenuhnya selama seminggu untuk memberi kesembuhan semula di bahagian pinggang.

Rest well, Lee Zii Jia! Sambil rehat seminggu, boleh lah cover lagu untuk hilangkan bosan. Peminat pun suka dengar suara awak…

 Baca: Tarik Diri Dalam Final Kejohanan Hylo, Lee Zii Jia Tetap ‘Champion’ Di Hati Rakyat Malaysia

 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.