in

“Lebih baik diam” – Rita Rudaini Tegur Pasangan Influencer Islamik Kongsi Pengalaman Kena Gari

Rita Rudaini Pasangan Influencer Islamik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pasangan pempengaruh islamik, Alif Teega dan Aisyah Hijanah berkongsi tentang pengalaman mereka semasa ditahan bagi membantu siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, pengalaman itu telah menjadikan diri mereka lebih matang untuk mengharungi cabaran hidup.


Bagaimanapun, pelakon Rita Rudaini merasakan tindakan pasangan pempengaruh membuat sesi live di TikTok menceritakan pengalaman tersebut tidak perlu dihebahkan kepada orang lain dan cukup menjadi tauladan untuk diri sendiri.

Artikel berkaitan: “Pegawai SPRM profesional” – Alif, Aisyah Sempat Kongsi Pengalaman Manis, Anggap Tahanan Reman Pengajaran

Artikel berkaitan: “Ni kira plagiat tak?” – Banyak Guna Lirik Lagu, Ramai ‘Cringe’ Baca Novel Aisyah Hijanah & Aliff Teega

Rita meluahkan kebimbangan sekiranya kenyataan tersebut memberi mesej salah kepada masyarakat seolah-olah ditahan pihak berkuasa atas sesuatu kes adalah perkara biasa.

“Kalau saya dulu shooting kena gari dan kena masuk bilik akhir hukum gantung, saya boleh cakap ia adalah ‘satu pengalaman’ untuk saya rasa.

“Takyah lah ulas, nanti ada yang tak boleh berfikir dan anggap benda kena gari, kena tangkap ini seronok nak dicuba sebagai ‘pengalaman’,” ujarnya.

Img 0419

Pelakon filem Mami Jarum Junior itu turut memaklumkan, individu yang sudah melakukan kesalahan dan secara tiba-tiba berbuat baik hakikatnya hanya ingin menyedapkan hati sendiri.

“Kadang-kadang nak cover malu dan salah mulalah buat penerangan panjang-panjang. Contohnya tiba-tiba teringat buat doa selamat, berbakti kepada anak yatim… mungkin boleh nampak baik, suci dan murni.

“Mulalah menunggang apa saja yang boleh ditunggang. Hati meronta-ronta nak buat live, nak posting quote-quote suci dan macam-macam. Benda itu semua nak sedapkan dan puaskan hati sendiri.”

Justeru, ibu kepada dua orang anak itu menasihati individu yang melakukan salah untuk berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mempengaruhi orang lain.

Img 0420Img 0421

Terdahulu, Alif dan Aisyah dan dua lagi individu lain dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM100,000 seorang.

Bukan itu sahaja, mereka berempat juga perlu melapor diri ke pejabat SPRM sebulan sekali sehingga siasatan mengenai kes dakwaan melibatkan mereka berdua selesai.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.