Tular di media sosial beberapa hari lalu tentang sekumpulan individu mengibarkan bendera negara China di dataran berhampiran Menara Condong Teluk Intan, Perak.
Isu pengibaran bendera China telah mencetuskan kemarahan ramai rakyat Malaysia kerana ia dilihat tidak sensitif dengan kedaulatan negara ini.
Susulan isu tersebut, petang semalam, lebih kurang 300 individu telah berkumpul di Dataran Menara Condong Teluk Intan untuk mengibarkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.
Memetik laporan Harian Metro, mereka berkumpul sekitar jam 5 petang semalam dan selain mengibarkan Jalur Gemilang, mereka turut menyanyikan lagu-lagu patriotik secara beramai-ramai.
Artikel Berkaitan: Tular Sekumpulan Individu Berarak Kibar Bendera China Di Teluk Intan, Penganjur Mohon Maaf
Artikel berkaitan: “Maaf atas kecuaian guru tersebut” – JPN Siasat Cikgu Reka Poster Merdeka Guna Gambar Tentera China
Antara lagu patriotik yang dinyanyikan ialah lagu Saya Anak Malaysia, lagu Jalur Gemilang dan termasuklah lagu kebangsaan kita iaitu Negaraku.
Salah seorang peserta acara kibar Jalur Gemilang itu mengatakan dia datang ke dataran itu untuk menunjukkan rasa cinta terhadap negara selepas mengetahui tentang acara itu melalui Facebook.
Difahamkan, acara itu berlangsung selama lebih sejam.
Sumber: Harian Metro