Laporan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan seramai 339 pegawai polis yang mempunyai masalah disiplin, terlibat dalam proses pertukaran di seluruh negara sejak 2018 hingga Januari lepas.
Daripada 339 pegawai itu, seramai 294 pegawai ditukarkan ke Semenanjung, 25 pegawai ditukarkan ke Sabah dan 20 pegawai ditukarkan ke Sarawak, menurut laporan Harian Metro.
Antara kesalahan yang dilakukan oleh anggota polis:
- Mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin
- Berkhalwat dengan pegawai polis yang telah berkahwin
- Terlibat dengan aktiviti tidak bermoral
Pendedahan itu bagi menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai jumlah pegawai polis dari Semenanjung Malaysia yang dipindahkan ke Sarawak atas faktor masalah disiplin.
Pendedahan ini juga telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai di media sosial. Bukan sekadar diselesaikan dengan pertukaran tempat, rata-ratanya mahu mahu tindakan tegas dan hukuman berat diberikan kepada anggota polis yang terlibat.
Hmm… betul tu. Patut ada tindakan lebih tegas
Baca: [VIDEO] Tular Video Abang Polis Trafik Tidur Berdiri Masa Bertugas, PDRM Beri Respon