in

Lebih 30 Ibu Hamil Duduk Berhari-hari Di Kerusi Sampai Sakit Badan Sebab Katil di Hospital Kerajaan Penuh

Ft Wad Bersalin Hospital Kerajaan Tak Cukupkatil 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terpaksa duduk di kerusi untuk giliran melahirkan bayi, lebih parah lagi ianya berlarutan sampai makan hari disebabkan jumlah katil yang terhad, itu adalah salah satu kesulitan yang dialami oleh ibu hamil yang ingin melahirkan bayi di hospital kerajaan.

Memetik laporan Berita Harian, mereka juga berdepan dengan pelbagai kesulitan dimana perlu mencari beberapa hospital sebelum dimasukkan ke dalam wad, masing-masing mempunyai alasan yang sama, jumlah pesakit yang ramai dalam satu masa sehingga kekurangan katil.


Cari sampai 3 hospital sebab katil tak cukup

Perkara itu dikongsikan oleh salah seorang ibu kepada wanita hamil, Noraini Ismail dimana terpaksa tukar-tukar hospital.

“Anak saya berdepan situasi yang amat memenatkan, dia terpaksa ke hospital atas arahan klinik kesihatan kerana menghidap diabetes. Seharian dia dan suami terpaksa dari satu hospital ke hospital lain.”

Screenshot 2022 09 26 155455

Katanya, anaknya dari Hospital Putrajaya sampai ke HKL dan terus ke Hospital Serdang.

“Pada mulanya anak saya ke Hospital Putrajaya tetapi mereka maklumkan katil penuh, jadi mereka rujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bila sampai ke HKL, masalah sama berlaku, tak ada katil. Jadi terpaksa ke Hospital Serdang pula… Alhamdulillah akhirnya mereka terima, tetapi terpaksa menunggu untuk ditempatkan di wad.”

Duduk atas kerusi selama 3 hari

Kata Noraini, anaknya itu terpaksa tidur dalam keadaan duduk selama 3 hari sehinggalah Sabtu lepas, baru dapat katil wad bersalin.

“Disebabkan kekangan katil, pihak hospital terpaksa memberi laluan kepada kes kecemasan dengan ibu hamil yang belum menunjukkan tanda bersalin diminta menunggu sehingga ada kekosongan katil.”

“Selepas tiga hari menunggu, malam tadi (Sabtu) baru anak beritahu dapat katil. Itu pun masih panjang senarai menunggu dengan berpuluh lagi ibu hamil yang terima nasib sama, malah ada beberapa orang yang menunggu sejak Khamis lalu bersama anak saya belum dapat katil sampai hari ini (semalam).”

“Saya memang risau, jadi bila sudah ada katil, dengan tempoh bersalin pada bila-bila masa… paling lewat esok (hari ini), kuranglah sedikit kebimbangan akan keselamatannya.”

Screenshot 2022 09 26 155608

Terpaksa guna surau untuk berehat sebab sakit belakang

Kata Noraini, sepanjang waktu menunggu untuk mendapat giliran katil bersalin itu, anaknya terpaksa ke surau hospital untuk berehat . Malah kira-kira 30 ibu hamil yang lain juga melakukan perkara yang sama sebab tak tahan sakit badan.

Disebabkan perkara ini, Noraini berharap agar isu katil tidak dianggap situasi biasa di hospital kerajaan, sebaliknya Kementerian Kesihatan (KKM) mesti mencari jalan dan mengambil berat kebajikan dan aspek kesihatan ibu hamil.

Punca, trend peningkatan kelahiran bayi – KKM

 

Peka dengan isu tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kesesakan ini dialami pada waktu tertentu sahaja, ia berdasarkan trend peningkatan kelahiran bayi bermula September hingga November.

Katanya lagi, kemuncak peningkatan kelahiran di Malaysia ialah pada Oktober yang berlaku di seluruh negara. Dengan peningkatan ini, ia menjadi faktor pesakit wad bersalin meningkat.

“Selain itu, faktor seperti penerusan rawatan bayi baru dilahirkan yang memerlukan ibu terpaksa tinggal lebih lama di wad dan pesakit tidak dapat pulang awal kerana menunggu kedatangan ahli keluarga juga menjadi antara punca kesesakan itu berlaku.”

“Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM), sudah mengambil beberapa langkah bagi menangani masalah ini, antaranya memperkukuhkan pengurusan katil dan aliran pesakit di wad bersalin.”

“KKM akan mempercepatkan kebenaran pulang bagi kes berisiko rendah bersalin dengan selamat serta menyediakan ruangan menunggu untuk memastikan katil sentiasa tersedia bagi pesakit baharu.”

Noor Hisham Abdullah 12 Compressed Final

KKM sediakan katil tambahan

Screenshot 2022 09 26 160207

Menjawab isu ibu hamil terpaksa duduk, beliau berkata KKM sudah menyediakan katil tambahan dan step down care ke hospital ataupun ke hospital di bawah kluster masing-masing untuk mengatasi isu kesesakan.

“KKM juga menyediakan fasiliti baharu untuk meningkatkan kemudahan rawatan wanita bersalin seperti Hospital Cyberjaya, Kompleks Wanita Dan Kanak-Kanak Hospital Kajang dan Hospital Tanjung Karang.

“Dalam masa yang sama, KKM juga ingin menggesa wanita berisiko rendah untuk bersalin di hospital daerah atau pusat bersalin berisiko rendah bagi mengurangkan beban di hospital tertiari.”

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut menyatakan bahawa KKM kini sedang berusaha menambah jumlah kakitangan di wad bersalin untuk hospital kerajaan bagi meningkatkan mutu kualiti penjagaan pesakit.

“Hospital KKM juga akan sentiasa memaklumkan status katil dan kadar kemasukan wad kepada orang awam dari semasa ke semasa supaya pesakit bersedia dan memahami keperluan masa menunggu yang lama.”

Baca : “Banduan perlu dirujuk di hospital kerajaan” – KJ Nafi Najib Bakal Dibawa Ke IJN

Collage 27

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.