Bagi mereka yang hidup zaman 90 an ke atas, pasti dah kenal sangat dengan penyanyi lagenda tersohor dunia, Celine Dion. Lontaran vokal yang mantap dan penampilannya yang mempersonakan diva ini sudah semestinya dikagumi peminatnya di seluruh dunia.
Terbaru, pelantun lagu My Heart Will Go On ini telah mengejutkan orang ramai dengan penampilan terkini, lebih kurus.
Biarpun sudah menjangkau 51 tahun, boleh dikatakan nampak lebih tua dari umur asalnya jika nak dibandingkan dengan selebriti lain yang umur lebih kurang dengannya seperti Mariah Carey, Jennifer Lopez, Shania Twain, Madonna, Angelina Jolie bahkan Cher yang menjangkau 70-an pun masih lagi awet muda.
Penampilan terkini Celine Dion
Jangan kata luar negara, peminat dari Malaysia juga terkejut dengan penampilannya terbarunya ini. Disebabkan itu, dia telah menerima banyak kritikan orang ramai.
Tapi ketika dia ditemuramah oleh media tempatan London, People.com menjelaskan bahawa dia suka dengan penampilannya tu. What?!!
Saya mahu berasa kuat, cantik, feminin dan seksi – Celine Dion”
Sejak kematian suaminya René Angélil, pada Januari 2016. Dion membuat ‘rombakan dalam hidupnya’ dan mula berkecimpung ke arah bidang couture.
Dia mengatakan bahawa dia tidak “cuba untuk mengambil peluang,” tetapi hanya sekadar untuk menjadikannya “terasa menarik.” Maknanya dia buat hanya untuk diri dia, dan bukan untuk bersaing dengan jenama lain.
“Saya buat ini untuk saya. Saya mahu berasa kuat, cantik, feminin dan seksi”
Ketika disoal berkenaan dengan penurunan berat badannya yang agak ketara, ini respon Celine Dion.
Leave me alone”
” Jika saya suka, saya tidak mahu bercakap mengenainya. Jangan ganggu. Jangan ambil gambar. Jika anda suka, saya akan berada di sana. Sekiranya anda tidak, tinggalkan saya sendiri. “
Celine Dion kini kerap berlatih dan menari dengan penari peribadinya Pepe Munoz, yang menyebabkan khabar angin bahawa lelaki itu teman lelaki barunya tetapi Celine Dion menafikannya.
“Saya single‘. Oh tidak, René baru sahaja ‘pergi’ dan sekarang ada lelaki lain?’ Ya, ada orang lain dalam hidup saya tetapi peneman hidup saya.”
Penampilan ‘terkini’ Celine Dion Sebelum vs Selepas
![170112 celine dion](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/01/170112-celine-dion.jpg)
![50771329 2341950009464700 3411804591241560064 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/01/50771329_2341950009464700_3411804591241560064_n.jpg)
Baca : Masih Ingat Rosalinda? Ini Wajah Terbaru Ratu Telenovela Kegemaran Ramai 18 Tahun Dulu