Mungkin detik ini bakal menjadi satu kenangan epic buat wanita yang dikenali sebagai Noor Asikin Mad Tarmizi kerana berlakunya satu insiden mencemaskan pada hari majlis pertunangannya pada 20 April lalu.
Ketika bakal ibu mentua mahu menyarungkan cincin pertunangannya, Noor Asikin tidak menyedari yang pintu biliknya terkunci sehingga diberitahu pada ahli keluarganya dari luar bilik.
Artikel berkaitan : “Ramai terpaksa tangguh berkali-kali, artis SOP lain kot” – Netizen ‘Geram’ Anak Sheila Rusly Buat Majlis Tunang Waktu PKP?
Artikel berkaitan : “Tak sempat selamatkan hantaran” – Majlis Bertunang Bertukar Tragedi, Rumah Hangus Terbakar Sejam Sebelum Pertunangan
Disebabkan itu, Asikin terperangkap di dalam biliknya sendiri selama 20 minit. Katanya perasaan mendebarkan berubah menjadi panik apabila pintu itu tidak dapat dibuka.
Walau bagaimanapun, anak bongsu kepada 5 beradik ini telah berjaya keluar dan majlis pertunangan itu berjalan seperti biasa. Dalam video yang tular itu, dapat dilihat Asikin bergelak ketawa apabila dia berjaya keluar dari bilik tersebut.
part 2 :
alhamdulilah selamat. pic.twitter.com/lC6ygi8Ar9
— ًِ (@bckupacc99) April 22, 2024
Ramai netizen yang terhibur apabila melihatnya dan ada yang menyifatkan bahawa inilah ‘dugaan’ pertunangan.
Kalau min jadi wanita tu mesti rasa malu campur kelakar depan bakal mak mentua. Apapun semoga urusan dipermudahkan ke jinjang pelamin nanti.