in

“Larikan wang tunai & barang kemas” – 3 Anggota Polis Ditahan, Disyaki Terlibat Kes Rompak Bersenjata

3 anggota polis merompak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak belakangan ini, banyak pula kes berlaku yang dilaporkan melibatkan anggota polis. Terbaharu, tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditangkap disyaki terlibat kes rompakan bersenjatakan pistol di sebuah rumah di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir, Semenyih.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. Menurut beliau, kedua-dua suspek yang ditahan merupakan warga tempatan berusia 32 hingga 35 tahun.


Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang membuat serbuan ke atas dua suspek lelaki di Batalion 19, PGA Cheras pada Khamis jam 12.20 malam.

Artikel berkaitan: Bekas Anggota Polis Menyamar Jadi Polis Dicekup, Didakwa Lakukan Aktiviti Peras Ugut

Artikel berkaitan: Bekas Anggota Polis Menyamar Jadi Polis Dicekup, Didakwa Lakukan Aktiviti Peras Ugut

Sementara itu, seorang lagi suspek lelaki warga tempatan berusia lingkungan 24 tahun telah serah diri di IPD Kajang pada Khamis jam 1.00 petang.

Screenshot 2024 08 01 153329

Menurut laporan, dalam kejadian itu, suspek yang melakukan rompakan berkenaan turut melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan sejumlah wang tunai serta barang kemas.

Katanya, dua suspek direman selama tujuh hari bermula Khamis hingga 7 Ogos nanti, manakala seorang lagi suspek akan dibuat permohonan reman pada Jumaat untuk siasatan lanjut.

Beliau turut mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (penalti lebih berat). Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati.

Katanya lagi, siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa kompromi meskipun melibatkan pegawai polis.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.