in

Lari ‘Full Marathon’ Sambil Memakai Baju Melayu, Netizen Kagum Pelari Malaysia Cipta Rekod Di London

Ft Larian Maraton Bulan Bintang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaanya bila kita tengok pelari-pelari maraton ni, mesti mereka akan pakai singlet dan berseluar pendek namun, pelari maraton kali ini membawa kelainan apabila dia menyertai larian berkanaan sambil memakai baju Melayu yang lengkap bersamping.

Baru-baru ini, pelari maraton yang juga merupakan jurulatih larian Malaysia, Mohd Syahidan Alias atau lebih mesra dikenali sebagai Edan Syah, telah berjaya dalam percubaan mencatat rekod ‘Guinness Book Of Record’ untuk maraton penuh terpantas dengan berbaju Melayu lengkap di ‘London Maraton’ pada Ahad.


Menerusi akaun Instagram rasminya, Edan Syah telah berkongsikan kejayaan beliau tersebut kepada pengikut-pengikutnya melalui sebuah posting yang dimuatnaik baru-baru ini.

https://www.instagram.com/p/CraxKSpoSaA/

“Nantikan profesional video documentary ‘Guinness World Record Bulan Bintang Road To London : Make Baju Melayu Great Again’ yang akan disediakan khas oleh seluruh penyokong bulan bintang dan rakyat Malaysia!” tulisnya.

Selain itu, dalam sebuah posting berlainan, Edan menceritakan kejayaannya setelah berjaya menghabiskan larian full marathon sejauh 42.2km sambil memakai baju Melayu tradisional dengan catatan masa 2 jam 49 minit dan 22 saat.

Difahamkan, baju Melayu tradisional yang digunakan oleh Edan telah ditaja oleh syarikat pakaian terkenal iaitu, Bulan Bintang.

https://www.instagram.com/p/CrZgbMjIbzA/

“Alhamdulillah, MISSION ACCOMPLISHED! We achieved the mission below 3 hours: as the Guinness World Record Holder : the Fastest Full Marathon (42.2KM) in Traditional Malay Dress (Male) with a time of 2 hours 49 minutes 22 seconds.”

“Tahniah coach Edan!” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kegigihan Edan yang dapat dilihat ketika menyertai larian maraton tersebut sambil memakai baju Melayu serba lengkap berkenaan.

Screenshot 8 1

Pun begitu, ini bukanlah kali pertama Edan membawa nama Malaysia di peringkat dunia kerana pada 2019, Edan juga telah berjaya mencatat rekod dunia baru bagi larian maraton terpantas dalam kategori kostum bendera negara di Sydney Marathon, dengan catatan masa 2 jam, 54 minit.

Fuhh! Tahniah diucapkan kepada Coach Edan… 

Baca : Warga Emas Berjaya Tamatkan Maraton 42 Kilometer Kurang 4 Jam, Siap Merokok Lagi Sepanjang Berlari!

Brother Smoking Maraton 728X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.