in

‘Lari’ Dari Bayar Tol 45 Kali, Pemandu Mercedes Benz A Class Didenda RM275.65

Kereta Mercedes Benz Langgar Tol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pakai kereta mewah tapi culas bayar tol?

Inilah yang terjadi baru-baru ini melibatkan pemandu sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz A Class yang didakwa mengelak membayar tol sebanyak 45 kali ketika melalui lebuh raya milik Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS).


Menurut Berita Harian, pemandu berkenaan telah ditahan dan PROLINTAS menerusi Twitter mendedahkan suspek mempunyai bayaran tol tertunggak sebanyak RM275.65.

Kereta mewah 45 kali culas tol, ditahan. Dah 2023 perangai masih tak berubah. Lagi pengguna culas bayar tol ditahan.

“Cuba teka, kali ni kereta apa pulak yang kantoi? Amboi berani betul sister (wanita) ini,” tulis akaun Twitter tersebut.

Menurut PROLINTAS, wanita tersebut walau bagaimanapun telah melangsaikan kesemua tunggakannya serta-merta.

Para pemandu juga diingatkan supaya tak meniru aksi tak bermoral itu kerana ia dianggap menceroboh dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Patut kena 3 kali ganda bayar” 

Netizen bagaimanapun meluahkan rasa tidak puas hati dengan bayaran yang dikenakan terhadap pemandu berkenaan.

Ada yang memberi saranan supaya pemandu itu dikenakan bayaran tiga kali ganda daripada apa yang sepatutnya dia bayar.

Bayar Amaun

Apa-apapun diharapkan kejadian ini dijadikan pengajaran buat semua pengguna jalan raya untuk tidak melanggar peraturan. 

Baca: Harga Tol BESRAYA & LEKAS Diturunkan Mulai Malam Ini – Menteri Kerja Raya

Tol

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.