in

Laporan ‘Edisi Siasat’ Tular, Peguam Pertimbang Perlindungan Polis Tambahan Untuk Ibu Bapa Zayn Rayyan

Syaz Ft 2024 06 14T114012.442

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin masih kekal misteri, semalam kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak tersebut.


Pun begitu, tular di media sosial satu kenyataan daripada sebuah group Telegram berkenaan kes kematian kanak-kanak autistik itu.

Artikel berkaitan: Akibat Tekanan, Ibu Bapa Zayn Rayyan Jalani Rawatan Psikologi

Artikel berkaitan: “Takde common sense ke?” – Netizen Kecam Bisnes Fries Buat Promosi Guna Nama Arwah Zayn Rayyan

1 3

Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kanak-kanak itu Zaim Ikhwan Zahari, tidak menolak kemungkinan meminta perlindungan tambahan daripada pihak polis terhadap anak guamnya yang kini dibebaskan dengan jaminan.

“Setakat ini kami memantau situasi, dan jika keadaan menjadi serius dengan kemungkinan bahaya kepada klien saya, saya akan berbincang (lebih lanjut) dengan klien saya,” katanya.

Menurut laporan Malaysiakini, peguam Mahmud Jumaat yang mewakili Ismanira (ibu Zayn) berkata dia juga akan mempertimbangkan untuk meminta perlindungan tambahan bagi Ismanira.

“Saya bukan sahaja bimbang tentang keselamatan (fizikal) dia, tetapi juga tekanan mental.

Dia dimalukan sedemikian rupa, sedangkan kita tidak tahu kesahihan kertas siasatan yang bocor itu,” katanya.

Semalam, pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dibaca bersama Seksyen 34 undang-undang yang sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.