Kisah cinta tak kesampaian di antara Dato’ Seri Vida (DSV) dan bekas pembantu peribadi, Iqbal Zulkefli bukan lagi satu rahsia.
Malah kemelut kisah cinta mereka juga menarik perhatian ramai sehinggakan Iqbal sendiri telah melancarkan sebuah single bertajuk ‘Hujan’ yang didakwa ada kena mengena dengan kisah tersebut.
“Saya sendiri tak sanggup nak habiskan”
MV bagi single berkenaan kemudian mendapat perhatian DSV sendiri yang meluahkan rasa terkilannya apabila ramai mula mengaitkan jalan cerita yang ditampilkan di dalam Hujan, nyanyian Iqbal itu dengan kisah peribadinya.
https://www.instagram.com/p/CVjsuznBVc9/
Menurut DSV, ramai yang tahu mengenai kontroversi ‘kahwin tak jadi’ mereka itu, namun kisah itu tak perlulah dijaja semata-mata untuk meraih populariti.
Ramai yang beritahu saya mengenai MV tersebut sebelum saya tengok sendiri. Bila dah tengok, saya sendiri tak mampu habiskan.
“Walaupun watak wanita dalam MV tersebut diubah, tapi rasanya bila tengok memang orang boleh relate, tambah-tambah lagi bila orang dah dengar cerita plot twist dia dari awal (kontroversi) dulu,” katanya.
Muat naik gambar terima kecaman, DSV rasa diri dibenci
Selain itu menerusi instastory, DSV juga memuat naik kecaman yang diterima daripada netizen selepas MV berkenaan viral.
Menurutnya, kisah sebenar telah diputar belit demi mencari populariti hingga menyebabkan maruah dirinya tercalar dan kini dibenci ramai.
Lapar nak popular? Populariti yang dicari dan diimpikan. Perlukah dengan menjatuhkan saya. Hati kering… sehinggakan perkara ini terbawa-bawa oleh netizen membenci saya.
“Mana tak, dimomokkan dengan cerita-cerita bohong demi meraih simpati dan gain popularity. Segala kebenaran diputar belit demi kepuasan sendiri.
“Bagaimana putar belit cerita yang telah didramakan boleh membersihkan nama dan maruah saya? Perlukan berdiam?” katanya lagi.
Harap DSV bersabarlah dengan komen-komen negatif yang diterima dan semoga kemelut perhubungan Iqbal dan DSV ini tidak berpanjangan serta berakhir dengan pergaduhan yang berlarutan.