in

“Langit cinta” – Tular Poster Istiadat Perkahwinan Diraja, Tengku Puteri Afzan Bakal Bergelar Isteri?

Tengku Puteri Afzan Kahwin Fd Idzham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berlegar di dalam TikTok sejak dari semalam sebuah poster berkenaan ‘Lintas Langsung Istiadat Perkahwinan Diraja’ yang merupakan pernikahan puteri Sultan Pahang iaitu Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan kekasih hatinya, FD Idzham.

Menurut poster yang dimuat naik pengurus acara yang mengendalikan majlis berkenaan, Teja Market, lintas langsung istiadat yang diberi nama Langit Cinta itu akan diadakan di Tasek Kotasas, Kuantan selama tiga hari iaitu bermula 22 hingga 25 Ogos ini.


Gambar

Lebih meyakinkan lagi acara tersebut benar-benar berlangsung, posting tersebut juga telah di ‘repost’ oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi akaun TikTok peribadinya @cmspahang.

Pada ruang komen, pihak Teja Market ada memaklumkan bahawa telah disediakan skrin besar bagi majlis tersebut untuk tontonan rakyat Pahang.

Malah Tunku Azizah sendiri menerusi akaun TikTok dipercayai telah berkongsi mengenai tarikh-tarikh penting akan pernikahan pengantin diraja itu.

2758372

Menurutnya, lintas langsung juga bakal diadakan di Padang Kota Sultan Ahmad Shah dan Masjid Sultan Ahmad di Kuantan.

Sebagai info, bakal suami Tengku Puteri Afzan, FD Idzham merupakan seorang usahawan dan pemain ragbi untuk kelab Saracens FC yang berpangkalan di London.

Beliau juga merupakan anak sulung kepada Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad, Datuk Seri FD Iskandar Mohamed Mansor.

Wah! Tengku Afzan bakal bergelar isteri tak lama lagi! Tahniah! 

Sumber: Sinar Harian, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.