Berita melibatkan empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun kemalangan malam tadi amat mengejutkan ramai pihak.
Dilaporkan, tiga pelajar UiTM Dungun maut, manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang mereka tunggang dirempuh sebuah kenderaan SUV di hadapan universiti itu di Kampung Sura Hujung.
Menerusi tinjauan di media sosial, pemandu wanita dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan telah ditahan polis untuk disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel berkaitan: Baru Pulang Makan, 3 Pelajar UiTM Dungun Maut Dirempuh Wanita Disyaki Tidak Siuman
Artikel berkaitan: Ibu Bapa Mangsa Maut Dirempuh SUV Berpatah Balik Dari Tunai Umrah, Bakal Tiba Petang Ini
Tular video wanita kurang siuman
Menurut netizen, wanita itu mengalami masalah mental menerusi beberapa video yang ditularkan. Antaranya adalah video ketika dia bernyanyi dan menari di satu kawasan lapang tanpa menghiraukan sesiapa yang berada di sekelilingnya.
Malah, ada yang mendakwa wanita terbabit berada di kawasan pantai berdekatan kampus berkenaan sejak petang sebelum kejadian terbabit berlaku.
“Kawan ada share perempuan ni dari petang dah duduk dekat pantai depan UiTM Dungun. Baling batu and kejar orang,” kata pengguna media sosial.
Susulan itu, orang ramai mempersoalkan keberadaan pihak keluarga suspek yang membiarkannya berkeliaran sendirian jika benar suspek mengalami masalah mental.
Justeru, netizen berharap ada tindakan tegas daripada pihak berkuasa untuk mengadili kes ini dengan sebaiknya.
Sumber: X