Sebelum ini Lobak Merah ada menulis mengenai kisah seekor gajah bernama ‘Tikiri’ berusia 70 tahun yang menjadi kontroversi di seluruh dunia sebab saiznya yang kurus dan disembunyikan disebalik kostum yang berwarna-warni.
Tikiri mati lepas 70 tahun terseksa jadi hamba?
Namun, berita terbaharu yang kami terima mengenai gajah tersebut ialah haiwan itu dilaporkan mati pada Isnin, seperti yang disahkan oleh penjaganya.
“Ya dia mati petang ini, pihka hospital haiwan akan hadir dan menyiasat serta lakukan post morterm”- Penjaga Tikiri
Satu sumber memberitahu yang gajah betina malang itu telah ‘terseksa’ selepas dijadikan sebagai hamba sepanjang hidupnya, lapor mStar.
Selama ini keadaan Tikiri ‘ditutup’ dengan kostum khas yang berwarna-warni ketika persembahan supaya penonton tidak dapat melihat bentuk badannnya yang sebenar.
“Sudah pasti dia layak untuk mendapat layanan lebih baik…”
Namun semua terbongkar selepas pengasas Yayasan Selamatkan Gajah Lek Chailert menyebarkan gambar sebenar Tikiri.
“Dia sakit, dia tua, dia lemah kenapa masih mengikat kedua-dua kaki depan dan belakang”
“Sudah pasti dia layak untuk mendapat layanan lebih baik, tidak adakah perasaan emosi sepanjang menghabiskan masa dengannya”
Sebelum ini gambar Tikiri terbaring tidak sedarkan diri akibat kelaparan dan berjalan berbatu-batu setiap malam di sambutan festival keagamaan Esala Perhera di Kandy, Sri Lanka jadi viral di media sosial.
Tikiri merupakan salah satu daripada 60 ekor gajah lain yang terlibat dalam pertunjukan tersebut yang disaksikan pelancong dan penduduk tempatan.
Dibawah merupakan video Tikiri ketika masih hidup.