in

Laman Web SPR ‘Down’ Pagi PRU 15 Timbul Kerisauan Pengundi

laman web spr crash pagi pru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

4 jam selepas pengundian bermula secara rasmi di seluruh Malaysia sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ada satu ‘insiden’ melibatkan Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) yang menimbulkan kegusaran ramai.

Mana tidaknya, laman sesawang SPR pada pagi tadi, sehingga jam 11 tadi didapati ‘down’ dan ramai pengguna melaporkan bahawa mereka tidak dapat mengakses ke laman web tersebut untuk menyemak daftar pengundian.


Difahamkan, masalah tersebut berlaku berikutan orang ramai di seluruh negara menggunakannya secara serentak bagi mendapatkan maklumat pengundian dan daftar pemilih yang telah disahkan pada pagi ini.

IMG 4607 horz

Perkara tersebut didapati apabila ramai pengguna Twitter telah menciap bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mengakses laman web tersebut dan perkara tersebut turut disuarakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dalam ciapannya.

Setakat jam 11.50 pagi tadi, ketika min cuba untuk mengakses laman web tersebut turut mendapati ianya masih ‘down’.

WhatsApp Image 2022 11 19 at 12.33 horz

Menerusi bebenang tersebut dan juga laporan dari Kosmo, para penggundi boleh menyemak maklumat daftar pengundi di laman sesawang alternatif http://semak.info/ sekiranya laman sesawang SPR masih mengalami ganguan teknikal tersebut.

Pun begitu, pengundi yang ingin menyemak maklumat tersebut boleh ke pusat pengundian dan menyemak di kaunter semakan yang disediakan oleh SPR.

Sementara itu, tinjauan kami pada pagi tadi mendapati, orang ramai mengambil keputusan untuk keluar mengundi pada waktu pagi susulan ramalan kaji cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengatakan hujan lebat akan turun di seluruh negara pada sebelah petang hari ini.

Baca : “Daripada kau berdengkur, keluar mengundi” – Azwan Ali Pengundi Pertama Tiba di SK Klang Gate

azwan ali ajak keluar mengundi

Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.