Sebagai kaum Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu, pastilah berasa kagum apabila ada kaum atau bangsa lain yang boleh berbahasa Melayu dengan baik.
Lebih-lebih lagi apabila bahasa kebangsaan kita ini dipertuturkan atau dinyanyikan di negara luar memandangkan bahasa Melayu bukanlah bahasa global.
Tular sebuah video di TikTok sekumpulan pelajar Korea menyanyikan sebuah lagu yang begitu sinonim dengan negeri Pulau Pinang iaitu lagu boria.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Ramai Teruja Lihat Lily, Gadis Vietnam Viral Fasih Cakap Bahasa Melayu
Artikel berkaitan: “Effort memang A+!” – Netizen Terkesima Lihat Hoondoo Nyanyi Ghazal Untuk Rabiah Di Big Stage
Dalam video yang dikongsikan oleh Cikgu Saffuan, pelajar-pelajar ini menyanyikan lagu Boria Anak Tanjung mengikut rentak yang diajar guru tersebut. Masing-masing dilihat begitu tekun dan bersemangat menyanyikan lagu boria itu.
@cikgusaffuan Murid Korea🇰🇷 nyanyi lagu Boria Pulau Pinang #boria #boriapenang #boriapulaupinang #komtep #komtep2023 #cikgusaffuan
“Orang Penang nyanyi boria X, orang Korea nyanyi boria ✓,” tulisnya dalam video tersebut.
Difahamkan, Cikgu Saffuan merupakan guru antarabangsa di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan sebagai guru sementara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen begitu kagum dengan nyanyian para pelajar itu memandangkan bahasa Melayu bukanlah bahasa yang wajib dipelajari mereka.
Sementara itu, netizen juga meluah sudah lama tidak mendengar lagu boria dan memuji guru tersebut kerana mengetengahkan budaya tempatan kepada masyarakat luar.
Menurut guru itu, para pelajar ini boleh bernyanyi dengan baik kerana diberikan lirik dalam tulisan hangul.
Sehingga kini, klip video berdurasi tiga minit 27 saat itu telah meraih lebih 207k tontonan dan lebih 15k tanda suka.
Terbaik cikgu!
Sumber: TikTok