Walaupun fasiliti awam di Malaysia ini boleh dikatakan lengkap dan memudahkan orang ramai untuk sampai ke suatu destinasi, sebenarnya ada lagi masalah yang perlu diberi perhatian.
Seorang pengguna kerusi roda telah menyuarakan isu fasiliti Orang Kelainan Upaya (OKU) melalui satu videonya di TikTok. Dia menunjukkan keadaan sebenar yang perlu dihadapi oleh pengguna kerusi roda ketika bersiar-siar di bandar Kuala Lumpur.
Fasiliti OKU tak ikut spesifikasi
Menerusi video yang dimuat naik, @izhar.idham dia dan rakan-rakan yang lain sedang melintas di sebuah jalan raya besar di sekitar Kuala Lumpur. Seperti biasa, kesemua kenderaan yang berada di situ telah berhenti untuk memberi laluan kepada mereka.
Artikel berkaitan: Wanita Sebak Penghantar OKU Sanggup Redah Hujan Hantar Pesanan, Beri Tips RM300
Artikel berkaitan: “Benda tak kelakar” – Netizen Kecam Lelaki Buat Konten ‘Berlakon’ Keluar Tandas OKU
Bagaimanapun, setiap pengguna kerusi roda itu tersekat ketika mereka mahu melalui fasiliti OKU yang telah disediakan. Kata Izhar, fasiliti itu mungkin dibina tidak mengikut spesifikasi yang betul sehingga menyusahkan mereka.
Untuk pengetahuan korang, laluan kerusi roda tak boleh tinggi, kena rata je. Walaupun pada mata, ketinggiannya hanya 2-3 inci je. Sekecil-kecil halangan, sebesar-besar rintangan kami yang berkerusi roda perlu hadapi.
Dalam masa yang sama, ada beberapa individu telah membantu kesemua pengguna kerusi roda itu melalui kemudahan tersebut.
Minta pihak berkuasa ambil perhatian
Video itu dirakam bertujuan untuk pihak berkuasa mengambil berat tentang masalah fasiliti pengguna OKU. Izhar juga meminta orang ramai sebarkan video tersebut sehingga mendapat perhatian orang atasan.
Banyak tempat yang masih kurang kemudahan untuk OKU. Yang mana ada, kemudahannya tidak mengikut spesifikasi yang betul. Minta tolong share ramai-ramai biar sampai dekat wakil OKU, menteri dan jabatan..
Pihak yang bertanggungjawab, lihat keadaan ni biar sampai ke hati. Bila dah ada kemudahan ni, jangan umpama melepaskan batuk di tangga. Untuk jadikan Malaysia negara yang maju, bukan hanya bangunan pencakar langit, tapi kemudahan OKU kena terbaik.
@braderwheelchair Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Inilah keadaan sebenar untuk kami yg berkerusi roda perlu hadapi bila keluar dari pintu rumah. Banyak tempat yg masih kurang kemudahan untuk oku. Yg mane ada kemudahan kebanyakannye tidak mengikut spec yg betul. Korang rasa betul tak?? Kalau betul mintak tolong share ramai ramai biar sampai dekat wakil oku, menteri dan jabatan yg sepatutnye jangan cakap jer pandai. Jom sama sama kita jadikan Malaysia salah satu negara yg mesra untuk oku. #awareness #fyp #kualalumpur #malaysia #oku #accessible #wheelchairlifestyle #wheelerangers #braderwheelchair #nobarriers #dbkl #kemudahanoku
Meninjau di ruangan komen, ada netizen menceritakan pengalaman yang hampir sama ketika menggunakan kemudahan OKU di sekitar Kuala Lumpur.
Kesian tengok pengguna OKU struggle dekat situ. Harap pihak berkuasa bagi perhatian.
Sumber: TikTok