in

“Lalu pagi2 pun seram” – [VIDEO] Buah Pisang Asyik Kena ‘Sambar’, Tuan Tanah Pacak ‘Orang Bunian’ Dalam Kebun

pages

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa saja tak bengang kalau hasil tanaman dari penat lelah kita sendiri, yang sudah lama kita tunggu untuk berbuah tiba-tiba dicuri orang lain, kan?

Walaupun haram dari segi hukum, namun masih ada golongan yang tak faham bahasa dan memakan hasil tanaman orang lain. Yang selalu bercucuk tanam mesti boleh relate, kan?


Baru-baru ini, tular satu video di Tiktok berkenaan sebuah kebun dalam kawasan kampung yang nampaknya didiami beberapa ‘penunggu’ berkain putih. Aih, lain macam….

Klip yang dirakam dari dalam kereta itu melihatkan kebun yang dipenuhi pokok pisang itu diletakkan beberapa orang-orang yang dipakaikan telekung berwarna putih di pelbagai posisi. Sekali tengok, dah macam perkampungan bunian pun ada.

Kawasan tersebut dikatakan bertempat di sekitar Pasir Salak, Perak. Menurut pemilik video ini, tujuan tuan tanah meletakkan orang-orang bertema mistik ini adalah untuk menakutkan orang yang mencuri pisang tanamannya.

Biasanya orang-orang digunakan oleh petani untuk menakutkan haiwan dan menghalau mereka dari merosakkan tanaman. Tapi yang ni next level, orang-orang untuk takutkan manusia terus.

“Auto patah balik kalau macam ni” – Netizen

Klip tular itu dikongsikan oleh pengguna bernama Mina dan menerima lebih 4 juta jumlah tontonan di Tiktok. Rata-rata netizen di ruangan komen turut naik bulu roma melihat reka bentuk orang-orang yang menyeramkan tu.

4 10

Seram kan? Kalau Min jumpa benda ni malam-malam, mungkin Min pun patah balik kot…

Baca: “Macam teaser Conjuring” – [VIDEO] Netizen Meremang Tengok Wanita Pakai Veil Hitam Depan ‘Rumah Tinggal’

4 6 2

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.