in

Lakar Sejarah! Natasha Roslan Jadi Pemain Boling Wanita Negara Yang Pertama Menjuarai Piala Dunia

Natasha Roslan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Atlet boling wanita negara, Natasha Roslan telah melakar sejarah apabila atlet berusia 28 tahun itu menjadi pemain boling wanita pertama negara yang menjuarai Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi platform X semalam telah mengucapkan tahniah kepada Natasha susulan pencapaiannya dalam Kejohanan Piala Dunia itu.


7 1

Artikel Berkaitan: Hanya Pertandingkan 10 Jenis Sukan, Netizen Tak Puas Hati Sukan Komanwel 2026 Gugur Badminton & Terjun

Artikel berkaitan: “Top 10!” – Kontinjen Malaysia Di Sukan Komanwel Lepasi Sasaran, Bawa Pulang 7 Pingat Emas!

Selain itu, PMX turut mengucapkan sekalung tahniah kepada atlet boling lelaki negara iaitu Rafiq Ismail yang berjaya meraih pingat perak bagi acara perseorangan lelaki.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berharap agar kejayaan atlet-atlet Malaysia di kejohanan tersebut akan menjadi sumber inspirasi buat rakyat Malaysia yang lain untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Memetik laporan Astro AWANI, sebelum Natasha memenangi kejohanan itu di Hong Kong semalam, negara Malaysia telah 53 tahun tidak merangkul kejuaraan di Kejohanan Piala Dunia bagi kategori wanita.

Tahniah diucapkan!

Sumber: X Anwar Ibrahim

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.