Fesyen dan gaya yang dipamerkan peserta mahupun pengacara bagi majlis Anugerah Juara Lagu 35 pada Ahad lepas masih menjadi sebutan netizen sehingga kini.
Antara fesyen yang mendapat perhatian ramai ialah lengan ‘kepuk-kepuk’ pengacara Sherry Alhadad yang ternyata begitu besar dan nampak sangat gah yang digayakannya semasa majlis tersebut berlangsung.
Mahu meniru fesyen-fesyen tersebut namun dengan cara yang paling ‘bajet’ sekali, seorang lelaki gayakan semula busana peserta dan pengacara di dalam majlis tersebut dengan menggunakan item macam plastik sampah dan beg Ikea je. Wow kreatif!
Nah korang tengoklah sendiri perkongsian Hadrey Ali ni di Instagram.
Sherry Alhadad
Kreatif sungguh Hadrey ni ye. Dengan plastik sampah je dia buat semula ‘kepuk-kepuk’ dekat lengan Sherry tu. Menjadi!
Hael Husaini
Guna kotak pun boleh kan untuk tukar warna rambut jadi biru macam Hael.
Zizi Kirana
Kaka Azraff
Yang ini agak unik. Gunakan ranting kayu sebagai hiasan rambut macam Kaka.
Nabila Razali
Gaya yang ini siap tiru ekspresi lagi! Fuh macam Nabila Razali dah ni.
Kesemua gaya yang ditiru itu mendapat pujian netizen dan kebanyakannya geli hati dengan cara Hadrey menggayakan semula busana artis ini menggunakan barang-barang terpakai je. Hebatlah!
Fuh ini AJL gaya save budget ni!
Baca: Aina Abdul Perlejas Maksud Tersirat Dalam Setiap Perincian Busana AJL 35 Dipakainya Semalam