Sebelum ini, Lobak Merah pernah melaporkan tentang Ketua Pengarah MONSTA, Nizam Abd Razak yang berkongsi kekecewaannya di media sosial mengenai masa tayangan filem animasi tempatan, Mechamato yang telah dikurangkan.
Dikhabarkan, masa tayangan filem Mechamato dipercayai dikurangkan untuk memberi laluan kepada filem antarabangsa, Avatar: The Way of Water.
Pun begitu, min ada berita gembira yang nak dikongsikan pada korang sebab masa tayangan Mechamato akan ditambah oleh pihak pawagam.
Tayangan #MechamatoMovie di GSC telah ditambah! Harap semua berjaya untuk dapatkan tiket harini! ?
Terima kasih @GSCinemas !#MechamatoMovie #SapotLokal pic.twitter.com/cyqhkCMe5J
— MECHAMATO (@mechamato) December 17, 2022
Perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil menerusi akaun Twitter rasmi miliknya.
Saya baru terima pengesahan dari CEO FINAS – @GSCinemas telah tambah masa tayangan Mechamoto movie
Terima kasih KPP Wajib Tayang atas tindakan segera https://t.co/HkAYOZNr4m
— Fahmi Fadzil ?? (@fahmi_fadzil) December 17, 2022
Berita itu ternyata disambut baik netizen di media sosial. Meninjau ke ruangan komen, ramai yang kagum dan memuji YB Fahmi Fadzil atas tindaka pantasnya menyelesaikan isu berkenaan dalam tempoh kurang 24 jam.
MEMANG TERBAIK LAH WEH !! https://t.co/mlZQk1KMGR
— Jack. (@Shahhrulazri) December 17, 2022
Lain mcm lak tengok Menteri buat kerja laju mcm ni https://t.co/QYyiOkdrhZ
— SHAFIQ IS (@fiqszz) December 17, 2022
BAPAK LAJU DIA BUAT KERJA HAHAHHAHA MANTHOPPPPP https://t.co/oMFPCQ0oGy
— Pelempang?Digital (@pentaksubdsai) December 17, 2022
Untuk rekod, dalam masa enam hari ditayangkan di pawagam, filem animasi ini sudah mencatatkan kutipan sebanyak RM10 juta.
Lagi gempak, filem Mechamato juga berjaya menduduki tangga ke-4 dalam kalangan 100 karya Anime Terbaik menerusi Festival Anugerah Anime Tokyo 2023.
Sumber: Twitter @fahmi_fadzil
Baca: ‘Dianaktirikan’ Pawagam Tempatan, Pengarah Kecewa Waktu Tayangan Mechamato Dikurangkan