Baru-baru ini, jaguh muay thai negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali tewas menerusi keputusan sebulat suara selepas tamat tiga pusingan dalam pertarungan kategori flyweight ONE 170 yang diadakan di Bangkok, Thailand, Jumaat lalu.
Jojo yang baru berusia 18 tahun itu akur dengan kekalahan di tangan jaguh Columbia, Johan Estupinan.
Artikel berkaitan: Khabib Pelawa Jojo Berlatih Di Gimnasium Miliknya Di Dagestan, Russia
Artikel berkaitan: Jojo ‘KO’kan Cruz, Bawa Pulang Hadiah RM216,699
Menerusi laman Instagram miliknya, Jojo dilihat hampa dengan segelintir individu yang memberikannya kritikan melampau susulan kekalahan tersebut.
“Lepas Jojo berlawan haritu, Jojo baru sedar yang Malaysia mempunyai banyak grandmaster yang sangat pakar dalam sukan muay thai ni, minta maaf ya semua ‘coach’ socmed yang tidak puas hati dengan prestasi Jojo.
Insyallah lain kali aku pergi training dengan korang je,” tulisnya sinis di IG Story.
Atlet kacukan Amerika Syarikat itu bagaimanapun tetap berterima kasih kepada yang sentiasa menyokong kariernya selain akur kadangkala dirinya terlalu fokus kepada perkara negatif sehingga terlepas pandang sokongan yang diberikan.
Ingat senang ke jadi atlet ni?
Sumber: Instagram