in

“Lain daripada selalu” – Lelaki Bawak Alat Penimbang Ke Restoran Lepas Tak Puas Hati Dengan Saiz Stik

Timbang Stik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya, hampir semua orang pernah mengalami kejadian dimana hidangan yang dipesan nampak lain daripada yang dipaparkan dalam iklan. Selalunya, bila perkara ini terjadi, ramai yang hanya makan sahaja makanan itu walaupun rasa tertipu. Paling-paling pun, ada yang menulis review di media sosial.


Tapi, bagi seorang lelaki ini, dia sanggup pulang ke rumah dan membawa alat penimbang eletronik ke restoran semata-mata untuk membuktikan hidangan stik kegemaran yang dipesannya adalah lebih kecil seperti yang dipaparkan di iklan.

0 Pay Kennedy News And Media 1 E1629513629273

Lapor Mirror, Antonio Chacon, 22, telah datang ke sebuah restoran di Pueblo, Colorado bersama keluarganya pada awal bulan lalu untuk menikmati makan malam sempena hari lahirnya.

Chacon yang tidak bekerja telah memesan hidangan kegemarannya iaitu stik dan rusuk yang turut dihidangkan dengan kentang goreng dan kentang lecek.

Namun begitu, setibanya makanan itu di meja, Chacon perasan stik yang dihidangkan itu sangat kecil seperti hidangan saiz kanak-kanak.

“Saya memesan hidangan stik 6oz tapi apa yang mereka bawa kepada saya sangat kecil. Saya ada memberitahu hal itu kepada manager dan pelayan tapi tak ada siapa percaya kata-kata saya,” katanya. 

Disebabkan itu, Chacon telah membawa alat penimbang eletronik dan meminta kebenaran manager untuk menimbang stik terbabit.

0 Pay Kennedy News And Media E1629513549747

“Stik yang dihidangkan pada saya itu hanyalah seberat 3.6oz. Pelayan berkata ia mungkin mengecut semasa proses memasak tapi takkanlah stik 6oz boleh mengecut sehingga 3.6oz.”

Selepas berjaya membuktikan stik itu sememangnya kecil daripada apa yang dipesan, tukang masak restoran akhirnya memasak hidangan baru. Malah, Chacon turut diberikan potongan harga.

“Pelayan terkejut lepas tengok berat stik. Saya beritahu mereka saya dah selalu pesan makanan ni jadi saya tahu bagaimana saiz 6oz sepatutnya kelihatan,” katanya lagi.

Sumber: Mirror

Baca: “Tak patut advertise makanan masa Lent” – Wanita Saman McDonald’s Lepas Dakwa Iklan Burger ‘Paksa’ Buka Puasa

Mcd E1629513488511

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.