in

“Lain dari yang lain”- Akad Nikah Atas Motocross, Ramai Kagum Dengan Acara Perkahwinan Di Indonesia Ini

F3 Akad Nikah Atas Motocross

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari perkahwinan sememangnya menjadi hari yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta. Untuk sesetengah pasangan, mereka memang suka buat kelainan ketika menjadi raja sehari supaya hari bahagia mereka itu akan diingati oleh semua tetamu.


Seperti empat pasangan ini apabila mereka semua dinikahkan oleh jurunikah dalam keadaan yang unik apabila mereka dan pasangan duduk di atas motocross.

7

Difahamkan, keempat-empat pasangan itu merupakan warga Indonesia dan proses ijab kabul mereka yang unik itu telah menjadi perhatian ramai baru-baru ini.

Memetik laporan laman web Okezone, yang menariknya, jurunikah yang menyatukan pasangan-pasangan itu juga turut sama duduk di atas motocross ketika acara akad nikah itu.

Difahamkan juga, acara pernikahan itu merupakan acara pernikahan beramai-ramai.

 

Artikel Berkaitan: Malas Nak Hadap Tetamu Tak Diundang Ketika Kenduri Kahwin? Buku Tamu Digital Ini Bakal Bantu Pengantin!

Artikel Berkaitan: “Boleh pilih topping”- Hidangkan Pelbagai Jenis Mi Segera Kepada Tetamu, Majlis Kahwin Di Indonesia Ini Jadi Perhatian

Lagi unik, selepas saksi-saksi akad nikah itu mengatakan ‘Sah!” yang menandakan acara akad nikah itu telah selesai, pengantin lelaki dikatakan kemudiannya menghidupkan enjin motosikal tersebut.

8

Confirm majlis akad nikah keempat-empat pasangan ini akan kekal di ingatan tetamu dorang kan sebab unik. 

Sumber: Okezone, Instagram Borobudur News 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.