in

“Lahir-lahir otak tertinggal kat rahim ke apa?” – Netizen Kecam Strategi Marketing Produk Berunsur ‘Lucah’

Gh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah banyak kali kita lihat, produk-produk lokal yang viral kat media sosial ni telah menggunakan teknik berunsur lucah demi mendekati pembeli.

Terang-terang teknik marketing macam ni memang jijik, tapi yang admin tak faham kenapa masih ada produk lokal buat iklan macam ni? Terbaru viral di Facebook ialah sejenis produk ‘ubat kuat lelaki’ yang katanya buat iklan dengan menyelitkan unsur-unsur seks dan lucah. Ewww! 


 

“Lulus KKM ke ubat ni, marketing dia tahap apa ni gais. Tak malu ke” 

Menerusi video tersebut, kelihatan watak seorang lelaki dan seorang perempuan berbincang mengenai alat sulit lelaki yang dikatakan ‘kecil’ jikalau seseorang itu merupakan ahli bina badan. 

Agak mengejutkan jugaklah bila mereka berdua ni nampak relaks je berbincang soal ‘seks’ ni dan siap suggest lagi produk tersebut kepada satu sama lain. Haish entah apa-apa je. Korang tengok sendirilah iklan kat bawah ni. Pening min nak explain! 

https://www.facebook.com/rizalhakimm/posts/2598205700505795

 

“Malu sebahagian daripada iman… tapi bila habis malu, habislah iman”

Rata-rata netizen yang tengok iklan ni memang terkejut gilalah dan terasa malu dengan tindakan dua individu yang ada di dalam iklan tersebut.

Kalau netizen dan admin yang tengok ni pun malu… haih apa agaknya perasaan dua individu dalam video tu. Selamber je min tengok sembang isu ‘dalam kain’ ni kat media sosial.

Apo Pulak
sumber: facebook

 

“Aku ingatkan kak KM paling lucahlah kalau promote produk. Ni lagi teruk…”  

Produk
sumber: facebook

Apa-apapun diharapkan produk-produk lokal janganlah ikut trend iklan macam ni lagi. Memang tak berfaedah langsung. Ada banyak je cara nak promote produk tapi yang jelas bukan cara ni. 

Baca: “Youtuber paling sampah!” – Kena ‘Sound’Dengan Penceramah Sebab Suka Buat Video Berunsur Lucah & Seks

Luch

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.