in

Lagu Kelepok Raya Trending No. 2 Di YouTube, Aliff Syukri Dakwa Ada Orang Cemburu?

page aliff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, semalam (20 April) pengasas produk Terlajak Laris, Dato’ Sri Aliff Syukri telah mengeluarkan lagu raya terbarunya iaitu Kelepok Raya. Haa, korang dah dengar belum?

Dalam masa 24 jam, lagu tersebut telah mendapat lebih dari 261K tontonan menjadikan ianya trending no. 2 di YouTube walaupun menerima pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata ‘geli’ melihat ‘geng menggeletis’ dalam video muziknya.


Difahamkan lagu yang turut dinyanyikan secara duet bersama isterinya, Datin Sri Shahida itu telah menduduki di tangga kedua hanya dalam lima jam selepas diriliskan pada jam 12:30 tengah hari semalam.

“Korang rasa siapa ekkk?”

Ekoran itu, satu posting telah dimuat naik sendiri oleh Dato’ Sri Aliff Syukri di Instagramnya, @aliffsyukriterlajaklaris, mendakwa ada pihak yang cemburu dengan kejayaan lagunya namun tidak dijelaskan siapakah orangnya.

https://www.instagram.com/p/CckiEyQvftJ/

Namun, di bahagian kapsyen difahamkan dirinya malas untuk mulakan pergaduhan kerana kejayaan lagu rayanya yang berjaya trending dalam masa singkat disifatkan lebih penting untuk diraikan.

Di bahagian komen pula, ramai netizen yang mengatakan bahawa lagu itu sedap untuk didengar namun tidak sesuai dengan penggayaan dan cara tarian yang disampaikan oleh penari latar dalam video muzik.

komen full 10

Haa, korang yang lain tu dah dengar ke belum? Bukan biasa-biasa tau, saing-saing BIGBANG je haa lagu dok trending kat YouTube tu. Hihihi…

Baca: “Cacing kepanasan” – Netizen Kurang Senang Tengok Aliff Syukri & Geng Menggeletis Dalam Lagu Raya Baru

untitled 2 12

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.