in

Lagu ‘Jump’ Oleh Kumpulan Blackpink Antara Lagu Kegemaran Barack Obama Tahun 2025

Barack Obama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan hanya berbaki beberapa hari sebelum melangkah ke tahun baharu 2026, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengimbas kembali pencapaian sepanjang tahun 2025.

Namun, bagi mantan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, beliau memilih untuk berkongsi senarai buku, filem dan lagu kegemarannya sepanjang tahun 2025.


11

Apa yang menjadi perhatian adalah lagu Jump oleh kumpulan K-Pop popular, Blackpink yang baru dikeluarkan pada bulan Julai 2025 lalu telah menjadi antara lagu kegemaran Obama.

Selain lagu dari kumpulan Blackpink itu, lagu Luther nyanyian Kendrick Lamar dan Sza, Nice to Each Other oleh Olivia Dean dan Abracadabra oleh Lady Gaga turut menjadi kegemaran bekas presiden itu.

10

Artikel Berkaitan: Kumpulan Blackpink Pecah Rekod, Jadi Artis Pertama Miliki 70 Juta Subscribers Di YouTube

Artikel Berkaitan: Bandingkan BLACKPINK Dengan Siti Nurhaliza, Kenyataan Individu Ini Jadi Bualan Ramai

Antara buku yang menjadi kegemarannya pula untuk tahun ini adalah buku nukilan oleh Beth Macy yang berjudul Paper Girl dan Flashlight hasil tulisan Susan Choi.

Manakala filem dari Korea Selatan, No Other Choice yang dibintangi oleh Lee Byung-hun dan Son Ye-jin pula berjaya menambat hati Barack Obama sebagai antara filem kegemarannya untuk tahun ini.

Sumber: X @BarackObama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.