in

Lagu Dolla Dimainkan Dalam Rancangan Korea The Return of Superman!

Dolla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagu Look At This yang diyanyikan oleh kumpulan Dolla baru-baru ini telah menjadi perhatian apabila lagu tersebut dalam versi Bahasa Inggeris telah dimainkan sebagai lagu latar dalam rancangan popular Korea Selatan, The Return of Superman.


Dolla

Rata-rata peminat Dolla sangat bangga dan teruja melihat lagu kumpulan tersebut berjaya mendapat perhatian stesen televisyen di Korea.

Artikel Berkaitan: “Jauh betul beza” – Netizen ‘Compare’ Persembahan Dolla Di China Dengan Malaysia

Artikel Berkaitan: Sah! Syasya Dolla Sudah Bernikah, Kini Sudah Selamat Bergelar Isteri

Untuk pengetahuan semua, rancangan The Return of Superman merupakan sebuah rancangan realiti di mana selebriti lelaki Korea yang telah bergelar bapa ditugaskan untuk menjaga anak-anak mereka selama 24 jam tanpa bantuan sesiapa termasuklah isteri mereka sendiri.

Salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Tabby turut meluahkan rasa syukur kerana lagu mereka telah dikenali di negara yang terkenal dengan muzik K-Pop itu.

Dalam rancangan tersebut ketika lagu Dolla itu dimainkan, dapat dilihat seorang bayi sedang belajar berjalan menggunakan alat baby walker.

Jika anda nak tengok episod penuh di mana lagu Dolla ini dimainkan di dalam rancangan itu, boleh tengok video YouTube KBS ini pada sekitar minit 22.15

 

Syabas Dolla! 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.