in

“Lagu ‘A’ memang dah menang dah, tiba-tiba..” – Aizat Amdan ‘Spill Tea’ Pemenang AJL Dah Dirancang?

ft aizat spill tea

Bahang Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL) makin kian terasa, pastinya ramai akan tertunggu-tunggu siapakah yang bakal merangkul kejuaraan dan semuanya akan terjawab pada 3 Mac ini.

Dalam laporan Harian Metro semalam, beberapa bekas juara AJL iaitu Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Kaka Azraff mempunyai ramalan mereka tersendiri.

Artikel berkaitan : Artis Tak Dibayar Untuk Persembahan Pertandingan, Jamal Abdillah Tarik Diri Dari AJL38

Artikel berkaitan : “Tiara Swarovski” – ‘Founder’ Bawal Exclusive Belanja RM3.5 Juta Untuk Majlis Kahwin Anak

Namun, lain pula dengan bekas juara AJL, Aizat Amdan ini, tular satu keratan klip di TikTok mengenai pendedahannya berkenaan dengan AJL ini.

Keratan menerusi satu podcast tersebut merupakan topik yang khusus mengenai AJL. Dalam podcast tersebut, Aizat yang juga pernah menjadi seorang juri dalam acara itu menjelaskan terdapat satu sesi untuk menilai kejuaraan sesebuah lagu itu sebelum bertanding.

Kesemua juri akan berkumpul untuk membuat penilaian dan memberikan markah dan keputusan sehinggalah acara itu berlangsung. Pendek kata juara dah ada pun sebelum AJL berlangsung dan keputusan itu muktamad.

@tamotauge

Betul ke ni? Pernah terjadi di AJL satu masa dahulu.. #anugerahjuaralagu #kontroversi

♬ original sound – tamotauge – Geram Bukan Benci

Dalam video penuh menerusi saluran YouTube, Aizat turut mendedahkan bahawa pernah terjadi keputusan itu diubah pada saat-saat akhir ketika AJL berlangsung.

“Memang dah tak boleh dah, inilah pemenangnya, dah ada keputusan siapa nombor 1, 2 dan 3. Jadi, sampai show dia, malam AJL tu, kitaorang tengok persembahan semua, untuk nilaikan persembahan malam tu… Walaupun persembahan dah dibuat, keputusan takkan berubah.”

“Misalnya, semua dah tahu lagu A memang dah menang dah, tiba-tiba ada meeting tergempar lepas habis semua persembahan, ketua juri ni, ‘lagu A persembahan dia tukar eh, dia tukar arrangement, dia tak best la senang cerita, so kita ubah lagu B jadi juara. Semua setuju eh?’. Ada 2 juri veteran mereka setuju.”

“Juri otai ni dia macam, terserah kepada semua, kitaorang dah habis kerja kan? Dah boleh balik kan? So, saya terserah kepada semua. Kalau dah dia cakap macam tu, siapalah aku untuk bangkang, aku pun macam tak boleh bantah lah, so aku pun ikutkan je la.”

Aizat tidak mendedahkan nama juri yang dimaksudkan itu, namun salah seorang panel yang merupakan bekas penerbit AJL, Gbam menjelaskan bahawa penilaian untuk kejuaraan pada sebelum acara hanyalah 70% dan 30% pada hari bertanding.

Jadi, kebarangkalian perubahan itu mungkin akan berlaku, walau bagaimanapun, dia tidak tahu menahu berkenaan dengan situasi Aizat kerana dia tidak mengendalikannya. Boleh tonton video penuh di sini.

AJL ke-38 yang bertemakan Muzikaverse akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 3 Mac ini menjanjikan persembahan terbaik dan paling ikonik dalam sejarah. Seramai 12 artis akan bertanding untuk merangkul kejuaraan tersebut.

Hurm, jadi, kalau ikutkan logik juri sebenarnya dah ada calon juara, korang rasa siapa?

Sumber : Tiktok, YouTube, Harian Metro