in

“Lagi sanggup hadap jem” – Lelaki Ini Kongsi Perbelanjaan Sebenar Balik Kampung Naik Public Transport

Ets Jem

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih lagi dalam mood raya, tapi kali ni kami nak share pasal balik kampung pulak. Ini khas untuk korang yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas time nak pulang ke kota lepas beraya. Mungkin korang sedar yang kerajaan berkempen untuk menggunakan pengangkutan awam untuk pulang beraya.

Korang tahu tak kos sebenar dan jumlah keseluruhan untuk perjalanan pergi balik tu? Menerusi akaun Twitter milik @anasadanan, dia ada share tambang ETS dari Kuala Lumpur ke Perlis. Memang mahal weh, baik hadap jem. 


Screen Shot 2019 06 15 At 12.00.32 Pm

Kalau naik sorang murah lah!

Itulah realiti kalau nak balik kampung naik public transport. Kalau balik sorang takpe lagi. Ini kalau ada dua tiga orang anak memang sakit weh. Lepas tu nanti dekat kampung takde kereta pulak nak pergi mana-mana. Tak ke susah kalau macam tu.

Screen Shot 2019 06 15 At 3.03.16 PmBetul, lebih baik naik kereta. At least tak kena bayar per head. Tak dinafikan memang akan jimat masa, tapi kalau tiket habis atau tak cukup untuk travel satu family macam tak praktikal pulak kan.

Screen Shot 2019 06 15 At 3.03.31 PmKalau Perlis punya public transport setanding dengan KL takpe lah jugak. Bukan nak merendahkan Perlis, tapi itu lah belum ada lagi LRT redah sawah padi dekat sana. 

Screen Shot 2019 06 15 At 3.03.41 PmKos akan bertambah kalau nak kena sewa kereta dekat sana. Belum cerita pasal barang-barang yang nak dibawa untuk stay seminggu kat kampung. Bertambah masalah ada lah!

Screen Shot 2019 06 15 At 3.03.51 PmTerpulang lah nak naik apa pun. Memang akan jimatkan masa travel tapi untuk sampai dari Point A ke Point B dekat sana tu susah.

Ukurlah baju di badan sendiri. Kalau rasa sesuai untuk korang, korang pilihlah yang berpatutan dengan masa dan kos. Jangan sebab nak cepat punya pasal sampai menyusahkan orang lain. 

 

Baca: 7 Kesesakan Lalu Lintas Paling Lama Dalam Sejarah. Dia Punya Lama, Sampai Orang Mati Dalam Kereta

Screen Shot 2019 06 15 At 3.15.16 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.