in

Lagi Kes Tampar, Polis Siasat Insiden Lelaki Dipuk*l Di Kepala Di Persimpangan Lampu Isyarat

lelaki pukul tampar di lampu isyarat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mengawal emosi dan menjaga hubungan sesama manusia.

Sepanjang bulan Ramadan ini, berlaku beberapa kes yang tidak enak didengar. Terbaru, tular di media sosial satu lagi kes pukul, melibatkan dua penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat.


Menerusi video tular itu, memaparkan dua penunggang motosikal berhenti di lampu isyarat dengan seorang daripadanya dilihat sedang memarahi mangsa.

Bukan sekadar marah menggunakan mulut, penunggang motosikal itu memukul kepala mangsa sebanyak enam kali sebelum beredar ketika lampu isyarat bertukar hijau.

Artikel berkaitan: Lelaki Non-Muslim Luah Ditampar Pakcik Sebab Makan Di Tempat Awam, Menteri Perpaduan Bersuara

Artikel berkaitan: Suami Tampar Isteri Dalam ‘Live’ Telah Ditahan Polis

Memetik laporan Harian Metro, polis sedang menyiasat insiden terbabit yang berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tampoi dan Jalan Persiaran Tanjung, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata pihaknya mengesan video yang dimuat naik di aplikasi TikTok dan mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat mangsa.

Katanya, mangsa yang berusia 29 tahun membuat laporan polis jam 4.29 petang semalam, mendakwa kejadian berlaku jam 4.40 petang Ahad.

“Mangsa menunggang motosikal dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu sebelum berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki tidak dikenali yang turut menunggang motosikal dan berhenti di persimpangan itu.

“Mangsa dipukul beberapa kali di bahagian kepala oleh lelaki berkenaan sebelum suspek beredar dari lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan media.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.