Bulan ini merupakan bulan yang sangat bermakna untuk rakyat Malaysia kerana dalam beberapa hari sahaja kita akan menyambut hari kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos ini.
Namun, dalam kesiapsiagaan kita untuk menyambut hari bermakna ini, ada juga segelintir daripada kita yang seakan tidak menghargai perjuangan nenek moyang kita yang bertarung nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan.
Seperti sebelum ini, tular di media sosial seorang lelaki yang bertindak menggunting dan merosakkan Jalur Gemilang di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Selang berapa hari sahaja, lagi kes yang berlaku di ibukota dimana seorang lelaki bertindak melakukan perkara sama seperti yang berlaku sebelum ini.
Lelaki rosakkan Jalur Gemilang di Brickfields, KL
Perkara tersebut telah dikongsikan di laman Facebook rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menunjukkan beberapa gambar mengenai tindakan seorang lelaki yang merosakkan Jalur Gemilang di Brickfields, Kuala Lumpur.
https://www.facebook.com/dbkl2u/posts/pfbid08HePKDkrKMHGMYhRFYf7Bd4WiRGQRr1PdgSiK3x91R4t124NkKm38FLs1MyzHdifl
Menerusi hantaran tersebut, lelaki tersebut bertindak menggunting Jalur Gemilang yang telah dipasang di sebuah jejantas di sana dan perbuatan itu dirakam melalui CCTV yang terletak di kawasan tersebut.
“Pelik la min tengok… kenapalah Jalur Gemilang yang menjadi sasaran?”
Menurut DBKL juga, suspek berkenaan telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan yang selanjutnya.
Netizen kecewa dengan tindakan tersebut, anggap tak sayang negara
Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kecewa kepada individu tersebut yang tergamak melakukan tindakan tersebut tanpa berfikir panjang.
Ada juga di antara netizen yang bersangka baik mungkin lelaki tersebut adalah golongan yang mengalami masalah kesihatan mental. Ada juga yang mempersoalkan kewarganegaraan lelaki tersebut kerana mustahil bagi rakyat Malaysia sanggup membuat sedemikian kepada bendera tanah air.
Jom jadi rakyat yang cintakan negara tanah airnya! Saya anak Malaysia!
Baca: [UPDATE] Lelaki Viral Gunting Jalur Gemilang Di KL Telah Ditahan