Hampir semua pusat beli-belah di Selangor telah mengumumkan wujudkan kes jangkitan Covid-19 di premis mereka.
Terbaharu, satu lagi kes positif Covid-19 di Setia City Mall, Setia Alam yang melibatkan seorang ahli di salah sebuah pusat gimnasium, Fitness First.
Makluman mengejutkan ini diberitahu melalui Facebook Setia City Mall. Kesemua pekerja Fitness First yang bertugas telah menjalani ujian COVID dan akan menjalani kuarantin diri selama 14 hari.
https://www.facebook.com/setiacitymall/posts/3545333932155927
Juga diberitahu bahawa Fitness First dan seluruh pusat beli-belah tersebut telah menjalani proses sanitasi dan nyahkuman pada malam tadi.
Pihak Setia City Mall memaklumkan premis mereka masih beroperasi seperti biasa. Proses mengenalpasti kontak rapat masih dijalankan dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.