in

Lagi Kes Berlagak ‘Marshal’ Halang Lalu Lintas, Polis Rampas Proton Wira Berjalur Kuning

page 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini banyak dah kita dengar kes-kes orang awam yang menghalang lalu lintas dan cuba untuk berlagak jadi ‘marshal’ di jalan raya. Selalunya dalam isu macam ni, mereka biasanya berbuat demikian sebab nak beri laluan kepada geng konvoi agar mereka tidak terpisah.

Dalam kes-kes sebelum ini, kita melihat geng bermotosikal yang sudah beberapa kali melakukan perkara yang sebenarnya luar bidang kuasa mereka.


Baru-baru ini, tular pula sebuah klip melihatkan sebuah kereta Proton Wira menghalang lalu lintas demi memberi laluan kepada satu kumpulan konvoi di Sitiawan, Perak.

https://www.facebook.com/watch/?v=496436704965618

 

Melalui klip 15 saat itu, pemilik Wira berjalur kuning di bahagian hadapan itu memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah jalan bersimpang yang sepatutnya dikawal oleh lampu isyarat.

Wira berjalur kuning kini tumpas

Sehubungan dengan itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boon Khim telah memaklumkan bahawa pihak polis telah memanggil seorang lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pemandu untuk direkodkan percakapannya.

Beliau turut memaklumkan Proton Wira berwarna kelabu dan berjalur kuning itu kini dirampas oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Memetik laporan dari Kosmo, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut berkenaan isu tersebut.

Difahamkan siasatan awal mendapati tindakan pemilik kenderaan tersebut adalah bertujuan untuk memberikan laluan kepada konvoi kereta yang dari arah Seri Manjung menghala sebuah kuil di Sitiawan.

Dah macam ‘musim marshall’

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut panas hati melihat tindakan pemandu Wira tersebut yang dikatakan mementingkan diri sendiri.

Ramai juga yang ‘geleng kepala’ memikirkan bila agaknya golongan seperti ini akan serik dan sedar bahawa mereka sebenarnya menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

2 2

1 1

Kan tak pasal-pasal kereta kena angkut. Semoga tak ada lagilah perkara macam ni berulang lagi, buat susah orang lain je…

Sumber: Facebook dan Kosmo

Baca: [VIDEO] Polis Tengah Cari ‘Marshal’ Yang Ganggu Trafik di Lampu Isyarat Sebab Nak Bagi Geng Konvoi Lalu

3 3 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.